PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

11 Mei 2009

Tahniah atas kemenangan Nizar!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi telah memutuskan bahawa Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah setelah dirampas jawatan tersebut sejak Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Keputusan itu sangat mengembirakan semua pihak yang cintakan kebenaran dan keadilan. Hakim telah membuat suatu keputusan yang mungkin tidak dijangka oleh sebahagian besar penyokong Pakatan Rakyat. Tetapi hakikatnya itulah keputusan yang telah dibuat oleh hakim yang berani dan berpegang kepada prinsip keadilan.

Mungkin ada orang berkata bahawa pihak
pembangkang akan berkata bahawa keputusan hakim itu betul bila memihak kepada mereka, tetapi apabila keputusan itu sebaliknya pula, pembangkang akan menuduh keputusan itu tidak adil.

Kita kena ingat bahawa dalam konteks kes ini, boleh dikatakan majoriti pengamal undang-undang termasuk pakar-pakar Perlembagaan mengatakan bahawa ia adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan. Kecuali pengamal undang-undang yang 'tidak ikhlas' dengan ilmu undang-undangnya kerana terpaksa mempertahankan tindakan yang tidak betul yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Kita berharap keputusan mahkamah pada hari ini akan membawa kepada penyelesaian kekusutan yang berlarutan yang berlaku di negeri Perak sejak tiga bulan yang lalu. Seoga pihak istana akan bersedia memperkenankan permohonan Nizar untuk mengadap bagi memohon perkenan supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Itu sahajalah penyelesaian muktamad dalam situasi ini yang akhirnya nanti memuaskan hati semua pihak.

Tiada ulasan: