Setelah mengambil masa yang begitu lama, daripada Majlis Tertinggi (MT) Umno, dibawa ke Biro Politik Umno, hingga sampailah kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), akhirnya BN memutuskan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Kecil DUN Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei depan. Penantiannya cukup lama dan mungkin menyiksakan.
Sebenarnya keputusan itu telah dijangkakan apabila melihat Perdana Menteri yang juga Presiden Umno terlalu berbelit untuk membuat keputusan. Pengumuman yang dibuat oleh Najib semalam merupakan satu sejarah baru yang dilakarkan oleh Umno/BN dalam negara ini.
Inilah kali pertama BN sebagai parti pemerintah di negara ini tidak menyertai pilihan raya kecil. Walau apapun rasional dan alasan yang diberikan oleh Najib, orang yang berfikiran waras pasti tahu apa yang tersirat di sebaliknya. Bawalah datang beribu alasan, secara umumnya orang tahu bahawa BN khususnya Najib sudah takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Orang tahu bahawa beliau takut dengan kekalahan berganda yang menimpanya sebelum ini dalam beberapa pilihan raya kecil. Perkara itu pasti menghantui beliau. Malu dan aib yang bertimpa-timpa itu tidak mahu ditambah dengan satu lagi 'kemaluan'.
Atau adakah ini satu pendekatan baru Umno di bawah kepimpinan baru, yang pastinya mahu ada kelainan dari kepimpinan sebelum ini. Kita tunggulah apakah mereka konsisten dengan tindakan serupa ini atau akan mengulangi 'double standard' sebagaimana yang lepas-lepas.
Jangan ke mana-mana, kita tunggu dan lihat episod seterusnya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan