PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

20 Mei 2009

Dewan Ulama' kekal tradisi menang tanpa bertanding

Menjelang Muktamar Tahunan PAS pada awal bulan hadapan, Dewan Ulama', salah satu sayap dalam PAS telah mengekalkan tradisi tidak ada pertandingan merebut jawatan-jawatan utama dalam Dewan itu.

Keputusan penyandang jawatan Timbalan Ketuanya, Ustaz Hashim Jasin untuk tidak mempertahankan jawatan itu telah melengkapkan tiga jawatan utama (Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua) dimenanangi tanpa bertanding.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Harun Taib telah diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Dewan Ulama' apabila tiada calon lain yang dikemukakan oleh Negeri-Negeri. Turut menang tanpa bertanding ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamed sebagai Naib Ketua.

Dengan penarikan diri Ustaz Hashim, jawatan Timbalan Ketua dimenangi tanpa bertanding oleh Dato' Ahmad Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan.

Ini bererti tiga orang Dato' dari tiga buah negeri menerajui Dewan Ulama' PAS Pusat bagi sesi 2009/2011.

Sementara itu, bagi kerusi Ahli Jawatankuasa pula seramai 41 orang telah dicalonkan. Menjelang tarikh tutup pencalonan pada 25 Mei hadapan, dijangka sebahagian besar daripada mereka akan menarik diri. Pernah berlaku dalam Dewan Ulama' ini, jawatan Ahli Jawatankuasa juga tidak dipertandingkan apabila mereka berkompromi mencukupkan bilangan 16 orang sahaja bagi kerusi tersebut.

Keputusan awal dari Dewan Ulama' ini diharap menjadi satu isyarat yang jelas untuk diikuti pula oleh Dewan-Dewan yang lain, bahkan peringkat Jawatankuasa PAS Pusat sendiri. Meskipun kalau ada juga pertandingan, tetapi pastikan bahawa ia dijalankan secara yang paling bijaksana bagi menggambarkan akhlak parti Islam.

Tiada ulasan: