PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

18 Mei 2009

Derma dan hadiah

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan isu yang cuba dihangatkan oleh media sehari dua ini berhubung pemilihan jawatan dalam Muktamar PAS bulan hadapan. Tetapi ia berkait dengan diri saya sendiri.

Pagi tadi kira-kira jam 8.30 pagi, saya dihubungi oleh seorang pegawai perubatan (doktor) dari Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Beliau memohon jika saya tidak keuzuran agar datang ke hospital untuk menderma darah.

Sebenarnya saya memiliki kumpulan darah "O Rhesus Negative" yang sangat jarang ditemui. Pihak Tabung Darah HSNZ mengkategorikan saya sebagai "penderma istimewa". Saya akan dipanggil untuk menderma apabila diperlukan sahaja.

Saya mula menderma sejak 17 Disember 1994 untuk arwah ayah saya yang juga memiliki darah yang sama dengan saya. Pada ketika itulah baru saya tahu bahawa darah saya adalah Rh Negative. Dalam kalangan adik beradik saya (17 orang), hanya saya dan dua orang adik perempuan sahaja yang memiliki darah ini.

Sehingga ini telah 15 kali saya menderma darah bagi keperluan-keperluan khusus. Acap kali juga saya gagal menderma kerana masalah kesihatan saya.

Saya tidak pernah tahu dan ambil tahu kepada siapa darah saya itu didermakan. Bagi saya apabila ia diperlukan, saya dengan rasa bermurah hati menyumbangkannya, kerana prinsip saya, hari ini hari orang, mungkin esok hari kita pula. Saya tahu bahawa saya juga akan sukar untuk mendapat darah yang sama sejenis dengan darah saya apabila saya memerlukannya.

Pernah beberapa kali anggota keluarga yang menerima darah saya datang ke rumah saya membawa hadiah untuk saya sebagai tanda terima kasih atas sumbangan yang telah saya berikan. Pihak hospital juga pernah menyampaikan anugerah kepada saya atas sumbangan saya itu.

Tetapi bukan itu yang saya harapkan, kerana kita memberi dengan penuh ikhlas atas dasar membantu orang yang sangat-sangat memerlukan. Saya yakin bahawa Allah pasti membalasnya dengan kebaikan juga.

Kebetulan pula hari ini, saya menerima 'hadiah' selepas saya menderma (darah) tadi. Apabila saya masuk ke pejabat sekembali dari HSNZ, seorang sahabat menghulurkan sekeping surat yang diterima melalui pos. Apabila sampul surat itu dibuka, saya terkejut kerana di dalamnya terdapat sejumlah wang (RM150) yang disumbangkan oleh seseorang yang saya tidak kenali (hanya beliau sebut sebagai "Penyokong PAS"). Saya percaya beliau adalah orang yang sama yang pernah menghantar wang kepada saya kira-kira sebulan yang lepas sebagaimana dalam posting saya sebelum ini.

Dalam nota ringkas yang ditulis bersama wang itu, penghantar menyatakan wang RM50 sebagai hadiah untuk saya, sementara RM100 lagi untuk dibelanja makan bersama sahabat-sahabat di pejabat.

Tengah hari tadi saya sempurnakan permintaan beliau. Hampir sepuluh orang rakan-rakan di pejabat saya menikmati jamuan tengah hari yang penuh berkat itu di sebuah restoran.

Terima kasih kepada "Penyokong PAS" yang sangat bermurah hati itu. Saya dan sahabat-sahabat mendoakan agar Allah membalas kebaikan sauara itu dan menyempurnakan hajat saudara.

Itulah barangkali balasan segera yang Allah berikan; selepas kita menderma, Allah balas dengan hadiah dari seseorang.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

molek jugak tu nasib darah.. kalau pitis mapus x derma....

Golok bong berkata...

To Tanpa Nama...
Awak ni ada mengidap penyakit gatal
lidah ke...

Golok bong berkata...

Ku petik dari tulisan Tanpa Nama dan ku tujukan kepada Tanpa Nama supaya dia bandingkan apa yang dikatakan pada orang dan apa yg dia nasihatkan kepada orang...

"Tanpa Nama berkata...
Jangan kamu saling dengki dan iri dan jangan pula mengungkit keburukan orang lain. Jangan saling benci dan jangan saling bermusuhan serta jangan saling menawar lebih tinggi atas penawaran yang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya dengan tidak menzhaliminya, tidak mengecewakannya, tidak membohonginya dan tidak merendahkannya. Letak takwa ada di sini (Nabi Saw menunjuk ke dada beliau sampai diulang tiga kali). Seorang patut dinilai buruk bila merendahkan saudaranya yang muslim. Seorang muslim haram menumpahkan darah, merampas harta, dan menodai kehormatan muslim lainnya. (HR. Muslim)"

Renonglah hai Tanpa Nama yg berilmu tinggi.

Tanpa Nama berkata...

maaf.. kata yang tuan hamba maksudkan itu bukan dari tampa nama ini..

Golok bong berkata...

To Tanpa Nama
Lain kali gunalah nickname yang khusus,barulah orang tau perutpedal kita.Jangan pandai lempar batu sembunyi tangan.

Hares Takeery berkata...

smoga Alloh berkati hidupmu wahai ayah. malu diri ini dgn budimu & sumbanganmu kpd msyarakat & kpd islam.

jgnlah hirau ape org nak kate. kite buat baik krn Alloh. bkn disebabkan org caci kbaikan kite, jadi kurang pahala amalan kite..apetoh lagi jadi x diterima disisi Alloh. hidup utk ISLAM!!

org yg hebat adalah org yg x terpengaruh dgn pujian & celaan manusia..asalkan ape yg dibuat tu adalah kebaikan.

Poziabb berkata...

@Golok bong; org yg Tanpa Nama adalah;
1- org yg tidak tahu menghargai org tua mereka menamakan mereka, org yg tidak tahu menghargai org tua adalah org durhaka, org durhaka org tua di manakah tempat mereka?
2- org yg tiada atau telah hilang telurnya dimakan ketakutan atau kedayusan!