PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

15 Mei 2009

Sanah Helwah Ya Abdullah!

Tanggal 15 Mei 1988, tepat jam 2.58 petang terpacul satu suara tangisan seorang bayi yang baru keluar dari rahim ibunya di sebuah rumah di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Bayi itu yang kami namakan ABDULLAH HARIS adalah anak ketiga kami. Anak pertama lelaki, anak kedua lelaki dan ketiga lelaki juga, Alhamdulillah!

Hari ini genap umurnya 21 tahun, umur yang melayakkannya sebagai seorang pemilih bagi menentukan kepimpinan negara ini. Insya' Allah, esok (kerana hari ini cuti) saya akan mendaftarnya sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bertambah seorang lagi penyokong.

Kebetulan pula ketika ini Abdullah sedang menghadapi peperiksaan Tahun 2 (Semester 2) Kuliyyah Syari'ah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Peperiksaan itu sudah bermula sejak 13 Mei lalu dan akan berakhir pada 10 Jun 2009.

Emak, ayah dan keluarga di kampung mengucapkan Sanah Helwah kepada Abdullah. Semoga umur yang dikurniakan Allah itu penuh dengan keberkatan dan keredhaan Allah serta diisi seluruhnya bagi pengabdian diri kepada Allah SWT.

Tidak banyak cerita mengenai Abdullah ini. Beliau membesar seperti anak-anak lain. Beliau juga dianugerahkan dengan suara yang baik (tetapi tidak boleh menandingi abangnya Abdul 'Alim). Sejak di sekolah rendah lagi beliau sudah diundang untuk memperdengarkan bacaan al-Quran dalam majlis-majlis seperti Ihtifal PASTI, selain mendendangkan lagu-lagu nasyid.

Bakat kepimpinannya hanya terserlah semasa beliau berada di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu. Semasa di Sanawi 3, beliau dilantik sebagai Ketua Pengawas (Head Boy) di sekolahnya, selain beberapa jawatan lain.

Beliau menjadi kebanggaan kami apabila menjadi Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2006 Negeri Terengganu dan menerima pelbagai anugerah. Namanya tiba-tiba 'meletup' dan dirinya menjadi isu hangat apabila dinafikan hak untuk mendapat biasiswa atau pinjaman dari pihak berkuasa semata-mata diskriminasi politik. Cerita lanjut boleh dibaca di sini.

Kami doakan semoga hari-hari yang mendatang bagi Abdullah, insya' Allah, akan dilimpah kebahagiaan dalam redha Allah SWT.

2 ulasan:

Hares Takeery berkata...

ten Q ayoh atas doa & ingatan tulus ikhlas suci murni tu. walaupon suare ablim lebih sedap drp areh, tapi areh tetap bangge menjadi anok ayoh yg sayangkan ISLAM. terima kasih kerana mendidik anakda hingga ke tahap ni.

doakan kejayaan anakda disini & doakan anakda menjadi ulama' & pemimpin pengganti ayoh pada masa akan datang..ameen

semoge ayoh bahagie hidup di dunia & akhirat serta dikasihi Alloh, Rosul, & manusia seluruhnya..ameen

PLPDT berkata...

Kami Ahli-ahli PLPDT mendoakah Al-Fadhil Ustaz Haris dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

balik nanti jangan lupa kat PLPDT...Darul Taqwa demam2 ingat ke ustaz haris...