PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

24 Mei 2009

Pengaruh besar dalam Kepimpinan Ulama'

KUALA LUMPUR: Secara rasminya kepimpinan ulama' dalam PAS bermula pada tahun 1982. Sejak diperkenalkan dengan idea ini, ia telah mempengaruhi cara bekerja dan berpakaian ahli-ahli PAS kepada pakaian yang lebih Islamik dan membina etika kerja yang menekankan aspek-aspek ubudiyyah, mas'uliyyah dan itqan (berkualiti dan profesional). Perubahan-perubahan ini telah terbukti berjaya, paling tidak di Kelantan.

"Berpandukan kepada etika kerja Islam, Kelantan telah mendahului Kerajaan Pusat dalam banyak perkara bertunjangkan kepada dasar Membangun Bersama Islam.

"Apa yang lebih penting, etika kerja Islam yang dilaksanakan telah menghalang lahirnya perkara-perkara negatif seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Apa yang membanggakan apabila PAS yang mentadbir negeri Kelantan sudah hampir 20 tahun, tidak terdapat satu kes rasuahpun di kalangan pemimpin kerajaan negeri. Ini adalah bukti yang jelas yang terbit dari keberkatan pimpinan ulama' yang diamalkan oleh PAS," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS dalam buku cenderamata Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama'.

Majlis sambutan itu telah dilangsungkan semalam di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, dekat sini dan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sendiri.


Tambah beliau lagi, menyambut Jubli Perak bermakna menyambut 25 tahun kewujudkan kepimpinan ulama' dalam PAS. Secara perbandingan dengan kehidupan manusia, umur 25 tahun adalah umur kelompok pemuda yang tangkas dan dinamis dalam tindak tanduk mereka. Ini bermakna kepimpinan ulama' mempunyai masa depan yang panjang dan cerah dalam membekal kepimpinan kepada PAS.


"Penyertaan penyokong-penyokong baru dari kalangan saudara kita dari Umno yang dipengaruhi oleh fahaman keduniaan semata-mata, tambahan lagi dengan saudara-saudara baru yang belum Islam menjadi satu tanggungjawab yang benar-benar perlu direnungi oleh Dewan Ulama' sekarang, baik di peringkat Pusat mahupun Negeri," tegas beliau.


Dalam hubungan ini, Tuan Guru menyarankan agar kursus-kursus untuk memperkenalkan Islam, Iman dan Ihsan yang menjadi asas kepada agama ini sangat perlu untuk difikirkan segera dan dilancarkan program-program dengan seberapa cepat.


Seterusnya beliau memperjelaskan bahawa antara hala tuju terpenting Dewan Ulama' PAS ialah mencari jalan yang paling berkesan supaya Umno mengubah dasar sekular kepada dasar Islam bagi memenuhi doa "Wa La Dhaallin" yang kita minta kepada Allah dalam setiap kali mengerjakan solat.

2 ulasan:

محمد حزريق MuJaHeEdiiN berkata...

Assalamualaikum ustaz..salam ukhuwwah dari saya..seorang yg ingin mencari tempat untuk menambah Ilmu yg serba kurang ingin dipimpin dalam mencari redha Allah..saya ingin sagt ada keluarga angkat Islam yg dapat membimbing saya.

Ibni Gharib berkata...

Wa'alaikumussalam wr wb. Alhamdulillah, hasrat saudara itu sangat murni. Sila emel maklumat lanjut saudara kepada saya: munauza@yahoo.com.my. Terima kasih.