KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu telah selesai mengadakan muktamar tahunan masing-masing. Dalam pemilihan pemimpin baru bagi sesi 2009/2011, kedua-dua dewan telah memilih pimpinan utama yang baru.
Dewan Pemuda telah mendapat ketua baru apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dipilih ke jawatan itu. Ustaz Mohd Nor sebelum ini adalah Naib Ketua.
Setiausaha Dewan Pemuda sesi lepas, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pula dipilih sebagai Timbalan Ketua. Sementara Naib Ketua pula diamanahkan kepada Ustaz Rudzuan Hashim, yang juga Ketua Dewan Pemuda Kawasan Kuala Nerus.
Jawatan-jawatan utama lain dalam Dewan Pemuda ialah Setiausaha (Wan Mohd Faizul Wan Abas), Bendahari (Ahmad Saufi Chik) dan Ketua Penerangan (Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz).
Sementara di peringkat Dewan Muslimat pula, Cikgu Safinah Jusoh, Timbalan Ketua sesi lalu dipilih sebagai Ketua baru. To' Puan Aminah Muhammad dipilih sebagai Timbalan Ketua dan Hajah Zarani Othman sebagai Naib Ketua.
Cikgu Raja Endun Raja Abd Rahman dilantik sebagai Setiausaha, To' Puan Zaitun Salleh (Bendahari) dan Hajah Hazezah Mohd Zin (Ketua Penerangan).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan