Hari ini adalah HARI GURU yang disambut di seluruh negara. Ia memberi makna yang sangat besar kepada mereka yang bergelar pendidik, sama ada dipanggil cikgu, ustaz atau sebagainya.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah mengorbankan sebahagian besar hidup mereka untuk mendidik para murid dengan penuh ikhlas. Jerih payah mereka dalam melaksanakan amanah itu akan terubat dengan kejayaan murid mereka kemudiannya. Itulah hadiah paling bernilai bagi seorang guru.
Walaupun telah lebih 30 tahun meninggalkan alam persekolahan, wajah-wajah guru yang mengajar dan mendidik saya sejak di bangku sekolah rendah (tahun 1960-an) masih segar dalam ingatan. Suara-suara mereka seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinga. Setiap seorang dari mereka ada cerita-cerita menarik yang tersendiri yang terus menjadi kenangan dalam hidup ini.
Lebih menyeronokkan lagi, apabila hari ini mereka bersama sealiran dengan kita dalam satu jamaah. Dalam masa kita melahirkan rasa hormat dan memuji mereka sebagai guru kita, mereka pula melahirkan rasa bangga dengan kita apabila kita jadi 'orang' sebagai hasil didikan mereka.
Terima kasih Cikgu Rahmah, Cikgu Yusof, Cikgu Wan Hasnah, Cikgu Hassan, Ustaz Marzuki, Ustaz Syed Omar (sekadar menyebut beberapa nama) dan lain-lain yang telah mengenalkan saya dengan pelbagai ilmu lebih 40 tahun lalu semasa saya di sekolah rendah.
Terima kasih Cikgu Shukri, Cikgu Abu Bakar, Cikgu Sugiarto, Cikgu Suprapto, Cikgu Mohd Amin, Cikgu Othman, Cikgu Zubir, Cikgu Zalila, Ustaz Adam, Ustazah Kalthom, Ustaz Mohd Yasin dan lain-lain yang pernah mengajar saya di sekolah menengah.
Kepada guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah, saya doakan agar dihimpunkan ruh mereka bersama para solihin. Amin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan