PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

17 Mei 2009

Terengganu dapat 2 YDP baru

Selesai sudah mesyuarat agung tahunan di peringkat PAS Kawasan di seluruh negara. Di Terengganu, Kawasan Kuala Terengganu adalah Kawasan terakhir mengadakan mesyuarat agungnya yang diadakan semalam.

Daripada keseluruhan lapan Kawasan di negeri ini, enam Kawasan mengekalkan Yang Dipertua masing-masing. Sementara dua Kawasan telah memilih Yang Dipertua baru.

Kawasan Besut telah memilih Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad sebagai Yang Dipertua dan Kawasan Marang pula diketuai oleh Haji Yahaya Ali.


Senarai penjawat utama bagi setiap PAS Kawasan adalah seperti berikut:-


BESUT:
Yang Dipertua: Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
Timbalan Yang Dipertua: Haji Mohd Hassan Salleh
Naib Yang Dipertua: Ustaz Adam Mat Said
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Mohd Zin Hassan
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Mohd Zulkifli Abd Kadir
Ketua Dewan Muslimat: Ustazah Napisah Ismail


SETIU:
Yang Dipertua: Ustaz Mohd Pauzi Muda
Timbalan Yang Dipertua: Tengku Ahmad Tengku Husain
Naib Yang Dipertua: Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hasbullah Mat
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Mohamad Nazari Alias
Ketua Dewan Muslimat: Wan Ramlah Wan Abd Rahman


KUALA NERUS:
Yang Dipertua: Ustaz Abu Bakar Abdullah
Timbalan Yang Dipertua: M. Shukrimun Shamsudin
Naib Yang Dipertua: YB Dr Alias Razak
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Ismail Che Dagang
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Ridzuan Hashim
Ketua Dewan Muslimat: Ustazah Tengku Aminah Tengku Alias


KUALA TERENGGANU:
Yang Dipertua: YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timbalan Yang Dipertua: YB Dato' Tengku Hassan Tengku Omar
Naib Yang Dipertua: Ustaz Ariffin Deraman
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hamzah Ngah
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Ahmad Kamal Ali
Ketua Dewan Muslimat: Shamsiah Abu Bakar


MARANG:
Yang Dipertua: Haji Yahaya Ali
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Ahmad Maarof Ismail
Naib Yang Dipertua: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hashim Mohamad
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Zarani Othman


HULU TERENGGANU:
Yang Dipertua: YB Dato' Harun Taib
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Ismail Osman
Naib Yang Dipertua: Ustaz Mohd Razki Alias
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Jusoh Othman
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Hamazah Mohd Latif
Ketua Dewan Muslimat: To' Puan Fatimah Ibrahim


DUNGUN:
Yang Dipertua: YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Saiful Bahri Mamat
Naib Yang Dipertua: Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Mohd Suhaimi Daud
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Jamaluddin Jusoh
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Khairiah Mokti


KEMAMAN:
Yang Dipertua: Haji Ismail Harun
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Alias Hamid
Naib Yang Dipertua: Ustaz Hazri Jusoh
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Ali Mohamad
Ketua Dewan Pemuda: Dr Megat Suhaimi Megat Idrus
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Rohasni Husain

3 ulasan:

Keling Putih berkata...

Salam ustaz Ya,
Betul ke semua dah selesai?
kemaman nung guana bolok wok nung?

Ibni Gharib berkata...

Mesyuarat agung memang selesai belaka dah dan pemilihan jawatan juga selesai. Hok bolok wok tu mungkin pasal dok puas hati kerana tak terpilih. Payahlah kalu gitu. Yang penting, pastikan perjalanan mesyuarat agung dan pemilihan dibuat secara yang betul mengikut peraturan.

kedai buloh besor kali berkata...

Siapa pulak suka menimbulkan kekeruhan menjelang muktamar akan datang.Tup-tup timbul isu rasuah politik(politik wang).Imej PAS yang memperjuang Islam tiba-tiba nak dirosakkan (dipalitkan) dengan kerja-kerja busuk seperti itu.
Kalau lah betul terdapat individu yang lupa diri dan cuba nak meniru tektik jijik yang menjadi amalan puak-puak umno,kenapa tak dinasihatkan terus individu terbabit.Atau tak ada ke cara lain yang boleh diambil tindakan untuk membendung gejala tersebut.Apa pentingnya dan apa faedahnya menghebahkan perkara ini kepada media atau surat khabar.Semua dah sedia maklum surat khabar memang kaki pembelit dan selalu memutarbelitkan kenyataan terutama daripada pemimpim PAS dengan tujuan untuk merosakkan imej PAS.Kenapa masih mengharapkan surat khabar umno untuk meluahkan rasa hati atau memberi teguran kepada ahli-ahli jemaah PAS.Kenapa tak pilih langkah-langkah lain yang lebih berkesan.Janganlah disebabkan oleh kelemahan kita sehingga kita boleh diperbodoh-bodohkan oleh pihak lain.Saya cukup-cukup tak faham...