PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

03 Julai 2009

Pemimpin turun padang

Dato' Harun Taib sedang beramah mesra dengan orang ramai di kedai makan

KUALA TERENGGANU:
Saf kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) di bawah pimpinan Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib telah memulakan gerak kerjanya dengan suatu pendekatan untuk turun padang bertemu dengan rakyat secara langsung.

Program yang dinamakan "Sehari Pemimpin Negeri Bersama Masyarakat" itu dimulakan di DUN Bandar di sini semalam. Program mingguan ini akan diadakan di semua 32 Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Acara program itu bermula dengan minum pagi bersama rakyat di kedai kopi terpilih dalam DUN berkenaan. Selepas itu BPPNT akan mengadakan mesyuarat Dewan Harian. Pada sebelah petang pula satu perjumpaan khas diadakan dengan pemimpin PAS di DUN dan Cawangan-Cawangan dalam DUN berkenaan.

Dalam jadual yang diatur itu, kira-kira jam 5.00 petang, program minum petang bersama rakyat setempat diadakan di kedai atau restoran yang ditetapkan.


Acara program tersebut akan berakhir dengan majlis dialog terbuka dengan masyarakat pada sebelah malamnya.


Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali, antara objektif program tersebut ialah mendekatkan hubungan antara pemimpin utama BPPNT dengan pemimpin di peringkat DUN dan Cawangan serta rakyat di peringkat akar umbi.


Ia juga bagi memperkukuhkan organisasi di peringkat DUN dan Cawangan dalam menggerakkan kerja perjuangan bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.


Selain itu kata beliau lagi ialah untuk bertemu rakyat bawahan secara langsung dan mendengar permasalahan yang mereka hadapi serta mendapatkan pandangan langsung dari masyarakat setempat mengenai pelbagai isu yang berlaku sekaligus menyampaikan maklumat terkini dan pendirian parti mengenai isu-isu semasa bagi mengukuhkan sokongan kepada perjuangan ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harun Taib tu benkeng tak bkira...tapi pengecut dalam memberi ulasan kes NIzar memegang lilin,cakap keluk kelik...ah itu kenyataan umum konon.Habis sampai bila nak tunggu yang khusus?...'Ulamak merapu'akan digelar orang jika bercakap berkisar dalam tempurung.

slamber berkata...

>>>To Tanpa Nama

Hoi balek tidor lah sedaraaa,
memekak macam kucing nak beranak nii, tak sarapan lagi ke?

SMan berkata...

Biarkan, spesis tanpa nama ni dah tak banyak. Kian pupus. Teruskan perjuangan menegakkan hukum Islam.