PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

26 Ogos 2009

BN terus tersingkir di Permatang Pasir

Rakyat Permatang Pasir telah membuat keputusan muktamad. Walaupun dijanji dan ditawar dengan pelbagai umpan menarik termasuk menjadikan kawasan itu sebagai "anak emas", mereka terus nekad memilih PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung pada 25 Ogos itu.

Barisan Nasional (BN) terus tersingkir di Permatang Pasir sejak tahun 1999. Tiga penggal kawasan itu dikuasai oleh PAS melalui calonnya Dato' Mohd Hamdan Abd Rahman. PAS mengekalkan kemenangannya pada pilihan raya kecil yang diadakan berikutan kematian Dato' Hamdan melalui calonnya Ustaz Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.

Sebagaimana di Manek Urai bulan lalu, BN berbangga dan berasa seronok bila berjaya "menang dalam kalah" apabila majoriti yang diperoleh calon PAS dapat dikurangkan berbanding pilihan raya umum (PRU) lalu. Mungkin Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan menerima ucapan "tahniah" atas "kemenangan" mereka mengurangkan majoriti undi PAS dalam PRK Permatang Pasir ini.

Jika dilihat kepada perolehan undi dari kedua-dua calon, ternyata masing-masing mengalami kemerosotan berbanding perolehan dalam PRU lalu. PAS yang memperoleh 9,618 merosot 1,386 (dulu 11,004) sementara BN memperoleh 5,067 merosot 504 (dulu 5,571). Sementara itu majoriti yang diperolehi PAS sebanyak 4,551 merosot 882 (dulu 5,433). Faktor kepada keadaan ini ialah peratusan keluar mengundi hanya 73.1% berbanding 82.57% dalam PRU lalu.


Maka dalam suasana ini BN tidak boleh menepuk dada dan berbangga serta bergembira dalam kekalahan mereka itu. Kita boleh membuat andaian bahawa sekiranya peratus keluar mengundi lebih tinggi, PAS mampu menambah majoriti. Kemungkinan ini adalah kerana ramai pengundi luar yang majoritinya adalah penyokong PAS tidak balik mengundi kali ini. Ini disebabkan hari pembuangan undi jatuh pada hari bekerja. Mereka mungkin tidak dapat cuti atau pelepasan dari majikan mereka.


Dengan keputusan terbaru penolakan rakyat kepada BN untuk kesekian kalinya dalam siri-siri PRK selepas PRU-12 ini, apakah rakyat di Permatang Pasir ini begitu bodoh sehingga mereka menolak tawaran lumayan dari BN untuk menjadikan kawasan mereka sebagai anak emas? Sedangkan definisi "anak emas" yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan dalam satu ceramahnya di Permatang Pasir baru-baru ini ialah segala apa yang dikehendaki oleh rakyat di situ akan dipenuhi; yang tidak ada kerja akan dapat kerja, yang tidak ada rumah akan dapat rumah dan pelbagai-bagai lagi.


Gambar-gambar sekitar hari pengundian di pusat mengundi bagi Daerah Mengundi Permatang Tengah.

Bersama Pengarah PRK Pmtg Pasir, Dato' Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Dato' Ir Amiruddin Hamzah

Bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Exco DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil

Membantu seorang pengundi yang uzur

Ustaz Awang Embong, Amri Mamat dan Ustaz Alias Hamid bersama seorang pengundi

Antara petugas Muslimat dari Terengganu

Kanopi yang menempatkan petugas PAS

BN menggunakan Kesatria Pemuda Umno yang belum cukup umur

Kesian polis, tidak ada lagi kanopi selesa, terpaksa duduk bawah payung di tepi bas stand


Gurindam yang didendangkan oleh seorang Cina penyokong PR

3 ulasan:

Kedai buloh besor kali berkata...

Tahniah kepada Ustaz Mohd Salleh Man,petugas2 PAS,semua mereka yang terlibat dalam kempen Permatang Pasir dan rakyat Permatang Pasir yang telah memberi undi kepada PAS.
Takbir!!!ALLAHU AKBAR!!!
Takbir!!!ALLAHU AKBAR!!!
Takbir!!!ALLAHU AKBAR!!!

Kutu duit berkata...

"PAS TELAH GAGAL DI PERMATANG PASIR"
Daripada keputusan PRK Permatang Pasir, PAS telah gagal mencapai target sebenar yang ingin dicapai ia itu menang dengan majoriti 1 undi seperti yang diwar-warkan sepanjang kempen yang dijalankan.
Sepatutnya inilah tajuk muka depan Berita Harian dan Utusan Malaysia.Tapi berita lain yang keluar. he,he,he...

Tanpa Nama berkata...

SEMPENA RAMADHAN INI SAYA TAMPA NAMA INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF JUGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN MENGERJAKAN IBADAT BERPUASA..