PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

24 Ogos 2009

Dari Permatang Pasir

Alhamdulillah, akhirnya saya sempat juga berkunjung ke Permatang Pasir bagi membantu gerak kerja pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di situ. Semasa hari penamaan calon baru-baru ini saya tidak berkesempatan bersama ribuan penyokong yang lain kerana kebetulan hari itu kami menyambut kepulangan anak kedua kami, Abdul 'Alim yang pulang dari Mesir setelah menamatkan pengajiannya di Ma'ahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra.

Saya bersama tiga lagi rakan lain dari Kawasan Kuala Nerus bertolak pada jam 10.15 pagi semalam (Ahad) dan selamat sampai di Markas Terengganu di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Tengah pada jam 4.10 petang.

Sehari sebelum ini, lima orang pemuda dari Kuala Nerus (khususnya DUN Seberang Takir) telah memulakan tugas di Permatang Pasir ini. Sementara itu sepuluh orang petugas dari Kuala Nerus telah bertugas di sini sejak 19 Ogos lalu.

Setelah melapor diri dan mendaftar di Bilik Gerakan UPU Permatang Tengah, kami ditugaskan untuk menjayakan program bersama pengundi Cina dan India di sebuah restoran dekat sini. Yang berucap dalam majlis itu ialah Dato' Mustafa Ali (Setiauaha Agung PAS), YB R. Sivarasa (Naib Presiden KeADILan) dan YB Dr Mujahid Yusof (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat). Majlis diakhiri dengan berbuka puasa bersama-sama.


Majlis itu memang meriah kerana orang-orang bukan Islam turut bersama dengan rakan-rakan muslim mereka menjamu selera untuk berbuka puasa. Dr Mujahid dalam ucapannya mengajak orang-orang bukan Islam supaya mencuba berpuasa seperti orang Islam.


Selepas solat tarawih di Surau Simpang Tiga, Permatang Tengah, kami hadir ke Majlis Debat Pemuda di Markas Pemuda, tidak jauh dari Permatang Janggus, Markas Terengganu. Debat mengenai "Siapa Pengkhianat?" itu dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan menjemput dan mencabar Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia bersama wakil mereka.


Wakil Dewan Pemuda PAS menunggu di pentas sehingga selepas jam 11 malam, tetapi kelibat wakil Pemuda Umno tidak kelihatan. Yang ada ialah Umno mengadakan ceramah di sebelah Markas Pemuda ini dan jelas didengar dari situ. Antara yang berceramah ialah Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan dan wakil dari Unit Pidato Pemuda Umno.


Setelah sekian lama menunggu, akhirnya majlis diteruskan juga dengan ucapan sebelah pihak dari wakil Dewan Pemuda PAS iaitu Suhaizan Kayat, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Rossidi Husain, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.


Apabila PAS memulakan majlis, Umno dengan serta-merta menamatkan majlisnya.


Suhaizan dalam ucapannya menyampaikan hujah-hujah berfakta tentang pengkhianatan Umno. Sementara Rossidi pula menjelaskan isu berkait Yusri Isahak, bekas rakan kongsi calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman.


Hari ini kami meneruskan misi kami di sini. Dalam masa yang sama, para petugas dari Terengganu khususnya Kuala Nerus sendiri makin bertambah ramai untuk turut membantu kerja-kerja di sini. Semoga esok terbukti BN tersingkir di Permatang Pasir, insya' Allah.

5 ulasan:

Kedai buloh besor kali berkata...

Tahniah kepada Ustaz Ya diatas kepulangan anaknya daripada Mesir setelah menamatkan pengajiannya disana.Syukur kepada Allah,maka bertambahlah seorang lagi ulamak didalam perjuangan menegakkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

duk mesir tido...

slamber berkata...

To Tanpa Nama
Awak nii memang mulut jahat laa, tak kira bulan puasa ke apa ke.Kerja buat fitnah orang saja. Kat Mesir tu awak duduk sebilik dengan anak Ustaz zakaria ke? Tau tidor tak tidor!
Kalau tak ada kerja nak buat mari jadi BIBIK rumah aku, senang aku nak sekeh kepala hang!!!

Awang Di berkata...

To Tanpa Nama (memang jenis tak dok nama ni dok reti base)

Tido pun buleh pass straigh 3 tahun tanpa perlu ngulang tahun. Otak ada tu pikir gok skit. Bulan2 posa nak wak jahat gok, ngaku jurus sangat! Ambiklah peluang Ramadhan ni utk taubat!

Hares Takeery berkata...

jgn samekan org lain ngan mu..kuat tido! haha