Esok (Sabtu 22 Ogos 2009) adalah hari pertama bagi bulan Ramadhan tahun 1430H. Kehadirannya sudah tentu merupakan satu kegembiraan yang besar bagi orang-orang beriman yang sentiasa merinduinya.
Sempena kedatangan bulan penuh kemuliaan yang dinantikan ini, marilah terlebih dahulu kita membuat muhasabah awal bagi kita pastikan bahawa insya' Allah, kita mampu mengisinya dengan sebaik-baiknya sepanjang sebulan keberadaannya.
Ada sekurang-kurangnya 18 perkara untuk kita senaraikan aktiviti atau amalan kita bagi setiap hari dalam bulan Ramadhan ini:-
Cuba rekod atau catatkan setiap hari amalan-amalan di atas untuk kita nilai sendiri sebanyak mana kita mampu melaksanakannya sepanjang bulan ini.
Semoga Ramadhan kali ini benar-benar menatijahkan taqwa kepada kita, insya' Allah.

- Solat Subuh berjamaah
- Wirid al-Ma'thurat Pagi
- Qailulah (tidur sekejap waktu tengah hari)
- Solat Zuhur berjamaah
- Solat 'Asar berjamaah
- Wirid al-Ma'thurat Petang
- Solat Maghrib berjamaah
- Solat Isya' berjamaah
- Solat Sunat Tarawih
- Tadarus al-Quran berjamaah
- Membaca Surah al-Mulk
- Solat Tahajud dan Witr
- Sahur
- Ziarah
- Mendengar Tazkirah
- Sedekah
- Hafazan surah-surah terpilih ( Yaasin / as-Sajdah / al-Insan / al-Waqi'ah / al-Mulk / as-Soff / al-Kahfi )
- Membaca buku
Cuba rekod atau catatkan setiap hari amalan-amalan di atas untuk kita nilai sendiri sebanyak mana kita mampu melaksanakannya sepanjang bulan ini.
Semoga Ramadhan kali ini benar-benar menatijahkan taqwa kepada kita, insya' Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan