PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

13 Ogos 2009

Rayuan Infaq

SEBERANG TAKIR: Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (BALKIS) sedang berusaha mengumpulkan dana sempena kedatangan bulan Ramadhan ini bagi agihan kepada fakir miskin untuk hari raya dan pendidikan.

Menurut Setiausahanya, Mohd Azmi Tahir (gambar atas), sebahagian besar golongan berkenaan sering dinafikan hak dan tidak kurang pula terlepas pandang dalam mengambil amanah dan tanggungjawab membantu mengurangkan keperitan dan bebanan mereka terutama menjelang Syawal dan awal tahun baru bagi memenuhi keperluan keluarga.

"Sempena ketibaan Ramadhan 1430, kami dengan penuh insaf dan sedar menaruh harapan dan merayu kepada para dermawan agar dapat turut serta mengambil peluang Ramadhan kali ini membantu meringankan beban mereka melalui infaq atau sumbangan wang atau sponsor berbentuk barangan sekadar kemampuan melalui program yang kami aturkan ini," jelas Azmi.

Beliau mendoakan mudah-mudahan infaq atau sumbangan ikhlas yang dihulurkan itu nanti akan merupakan sebahagian sedekah jariah dan kepada Allah jua dikembalikan untuk diganjari sewajarnya.


Sumbangan berkenaan boleh dihantar kepada:


Setiausaha

Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (BALKIS)

8246-H, Jalan Lapangan Terbang,

Kg Duyung, Seberang Takir,

21300 Kuala Terengganu.

Telefon: 013-9344929

e-mel: balkis_pas@yahoo.com

5 ulasan:

Gelong gateh berkata...

Ramadhan Al Mubarak semakin hampir, kita harapkan ahli jemaah dan umat Islam seluruhnya akan terpanggil merebut peluang menambah saham masing-masing diakhirat dengan menyertai "rayuan infaq" ini dengan hati yang tulus ikhlas.

Ikan bilis berkata...

Betul tu , kurangkan lah perasaan sayangkan wang ringgit secara berlebihan. Tak kan lah kita jadi miskin dengan menghulurkan seringgit dua kepada mereka yang memerlukan.

Kutu duit berkata...

Siang dan malam kita bekerja kumpul duit untuk hidup di dunia. Akhirat kita apa yang ada? Renongkanlah masa depan kita yang panjang dan tiada kesudahan itu.Ringan2 lah tangan untuk menderma.

Tanpa Nama berkata...

tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang menerima... takdok keje lain ke... mintak manjang.. kalau miskin nak bagi derma camne... kena maju diri dulu... ambik pelastik tu nak bubuh neh...

Joo berkata...

Puak2 umno memang payoh nak sedekah.Sebab puak umno puak2 kedekut pahit.Ketua2 umno sibuk nak gomo duit royalti. Ahli2 umno dalam kampong sibuk berebut wang ehsan.Habis puak ghabok dia kutip bbagi.Sibuk berebut subsidi,subsidi baja,subsidi lembu ,subsidi BEROK. Jamban nak berok pun pakat berebut nak subsidi jugak.Ingat duit royalti tu harta BAPAK TIRI dia.