PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

02 Ogos 2009

Ruginya mereka yang tak hadir 'kenduri 1 Ogos'

1 Ogos 2009 mencatatkan satu sejarah penting bagi 1Malaysia. Pada tarikh itu berlaku satu perhimpunan besar sehingga ada yang menjangkakannya 100,000 orang di Kuala Lumpur. Ia merupakan perhimpunan terbesar yang dianjurkan oleh pembangkang dalam zaman pemerintahan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menggagaskan moto 1Malaysia.

Pihak polis telah awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan melarang orang ramai dari menyertai perhimpunan yang disifatkan mereka sebagai 'haram' kerana tiada permit yang dikeluarkan untuk tujuan itu. Kempen berhari-hari diuar-uarkan oleh pihak keselamatan, termasuk pihak menteri yang bertanggungjawab sendiri bagi menghalang rakyat negara ini turun berdemonstrasi pada tarikh itu.

Walaupun 'diugut' dengan pelbagai amaran tindakan termasuk mengISAkan mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu, ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada rakyat yang benci kepada kezaliman dan kekejaman akta ganas ISA itu untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur.

Mereka datang dari segenap ceruk dari seluruh negara dengan segala persiapan menghadapi kemungkinan halangan pihak berkuasa, bermula dengan sekatan-sekatan jalan raya dari sejak awal mereka memulakan perjalanan. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan 'senjata' berupa tuala kecil, air mineral dan sedikit garam, mereka melangkah penuh gagah menuju destinasi dengan satu niat dan tujuan iaitu bagi menyatakan bantahan mereka terhadap akta drakonian yang sangat ganas itu.


Perhimpunan aman akhirnya bertukar menjadi ganas. Siapa yang melakukan keganasan? Adakah orang yang tidak bersenjata ini yang melakukannya? Rupanya niat mereka untuk berhimpunan dan berarak secara aman menuju ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum rakyat dihalang oleh pasukan keselamatan yang siap dan lengkap bersenjata.


Sebelum bermula perhimpunan lagi mereka diganggu oleh polis-polis yang berkeliaran mencari pemakai baju hitam merah yang seolah-olah membawa sial kepada mereka (polis). Beg-beg mereka diselongkar untuk mencari kalau-kalau ada yang membawa baju atau lambang-lambang yang berkait dengan anti-ISA. Sesiapa yang memilikinya, maka mereka berpeluang untuk menaiki black maria polis untuk dibawa 'makan angin' di beberapa balai polis sekitar Kuala Lumpur.


Pihak polis memang sudah merancang untuk menangkap seramai mungkin peserta perhimpunan ini. Di setiap balai polis telah disediakan khemah atau tempat khas dengan tandaan "Sogo", "Masjid Jamek" dan "Masjid Negara" yang merupakan tiga lokasi tempat memulakan perhimpunan bagi menempatkan tahanan-tahanan berkenaan.


Oleh kerana bilangan yang ditangkap mencecah hampir 600 orang, sudah tentu sebahagian besar mereka itu menghadapi pengalaman pertama kali dalam sejarah hidup mereka ditangkap polis. Yang anehnya, mereka 'bergembira' dan berasa 'seronok' bila berada di dalam black maria atau trak polis, sehingga ada yang meneruskan takbir dan melaungkan slogan-slogan anti-ISA di dalamnya.


Kenduri besar kita kali ini disambut dengan loceng FRU (menggantikan paluan kompang), pancutan air asid (menggantikan renjisan air mawar) dan tembakan gas pemedih mata, yang menjadikan ia sungguh 'meriah'. Alangkah ruginya mereka yang tidak sempat bersama dalam kenduri ini. Entah bila pula akan bertemu dengannya...

Menunggu arahan sebelum perhimpunan bermula

17 ulasan:

abu muaz berkata...

Kenduri memang rugi kalau kita tak menghadirinya lebih-lebih lagi kenduri yang besar seperti satu ogos lalu.

Air minuman yg dihidang pun pelbagai rasa dan warna. Menarik sekali.

air yg dihidang takkan terjumpa diMydin Mall atau Giant. Susah nak belinya.

Awang Di berkata...

Pengalaman kenduri ini cukup manis walaupun tersangat pedih dek penangan gas pemedih mata dan air water cannon. Yg pasti, mereka yg mengalaminya rasa sangat teruja dan menunggu peluang utk hadir lagi jika ada peluang. Mereka tak rasa serik. Pelik... sakit tapi sedap...

narumi hayashida berkata...

Assalamualaikum.....

Jangan la kata gitu Ustaz, sedih pulok sebab x join kenduri, tapi nak buat guane, ada hal lain yang
perlu diuruskan bukan? Takkan semua kena g, sapa nak jaga Bukit Uhud? Salam kepada semua

Kedai buloh besor kali berkata...

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Kenduri 1 Ogos.

Poziabb berkata...

Salam Saudara...xdk ANUNIMUH lar, Abg Yaa block anonimuh ker? ato anonimuh takut nk landing sini?

Ibni Gharib berkata...

Mungkin dok mari lagi. Kita dok pernah block pun. Masuklah sapa nak masuk. Kita pakat mikir lah pulok mana molek mana hudoh.

Bintun Wan Bakar berkata...

slm...betul la ust ya, kenduri tu mmg best.rugi2 org hok xgi...kohor kena pemedih mata, kohor nak gi dekat...harap2 kerajaan panda2 la fikir apa hk rakyat nak sampaikan...Hidup Islam...Hancur kezaliman...

Tanpa Nama berkata...

Demo ISA : Sedikit untung Tapi Banyak Rugi
Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan haram gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.
Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).
Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga."

*********************************
Nampaknya Demo Anti-ISA menyusahkan para peniaga. Tetapi ada setengah daripada penyokong pembangkang mengatakan peniaga ada untung pada hari itu sebab orang yang pergi demo berbelanja besar di sana. Kalau untung, mengapa peniaga tuntut ganti rugi? Maknanya sedikit untung tapi banyak rugi.

Golok bong berkata...

To Tanpa Nama
Kalau sumbat awak dalam ISA 10 tahun lagu mana rasa?

Poziabb berkata...

@ Tanpa Nama
1- Terima Kasih banyak2 kerana datang, saya amat mengalu2kan kehadiran saudara/i di sini...ntah la, kawan2 kita yang lain. Barangkali tak salah, kalau saya anggap awak ni kawan, biarpun pada zahirnya awak ni memang Tahik UMNO/BN. Saya open minded!
2- Saya hanya mengikuti sepintas lalu kenduri besar ini...tidak banyak yang saya tahu mengenainya. Kalau tidak keberatan, boleh jelaskan adakah bilangan 1,000 peniaga yg mengemukakan tuntutan saman itu adalah 100% jumlah peniaga yg mengalami kerugian atau sebahagian kecilnya sahaja? Jika tidak 100%, tanggapan awak mengenai untung rugi, adalah tersasar! hehehe...
3- Adakah tuntutan saman itu benar2 datangnya dari peniaga2 yg kerugian? Ataukah mereka ini telah dihasut dgn tidak sewajarnya oleh pihak yg tidak bertanggungjawab? Jika benar, mereka seharusnya dirujuk ke Akta Hasutan! huhuhu...
4- Mengemukan tuntutan saman sebanyak 10j mewakili 1000 peniaga; adakah tuntutan ini munasabah dengan kerugian yg dialami? Jika tidak wajar, pihak Tanpa Nama seharusnya belajar lebih banyak mengenai KEADILAN. hohoho...

Saudara/i Teman Seperjuangan...raikanlah Tanpa Nama, sebab kehadiran mereka memeriahkan 'rumah' ini, jika kehadiran mereka membawa 'tahik', sama2lah kita membersihkannya! Percayalah...mereka membawa 'haruman' bersama mereka ketika keluar dari sini...
INSYAALLAH!!!

Farhan Rais berkata...

Allahuakbar!!!
kata2 yang menyentap lubuk hati ana ni...Memang rasa rugi sangat2..dah 2 himpunan yang di anjurkan...masih lagi xberpeluang diri ini untuk mengahadirkan ke kenduri ni..Makan Beso la klu cina kata...2 tahun lepas adanya Kenduri Bersih xdapat hadir..thn ni lak ada lagi Kenduri Mansuh ISA jugak xdapat hadir...lagi2 rasa rugi..xdapat nak rasa makan beso tu..nak wat canar..dok di perantauan..hanya dapat lihat dari jauh saja...harapan dan impian moga kenduri2 yang dibuat akan datang dapat untuk ana menghadirkannya...Amin ya Rabb

Naseh Ulwan berkata...

buat pengetahuan Tanpa Nama, shopping complex cam Mid valley, Pavilion n KLCC untung berlipat kali ganda pada hari demo itu berlangsung! Sebenarnya takde pun orang yang provok kedai2 sekitar sogo dan masjid india, aku tengok sendiri dengan mata kepala aku.

buat Farhan pula, memang rugi benar tak pergi ke demo ni..walaupun pedih mata tahan gas, tapi rasa kemanisan dan nikmatnya berjuang.. insya ALLAH, lepas ni akan ada demo bubar dun perak..

Tanpa Nama berkata...

buat golok bong..
saya dok wat salah kerajaan nak sumbat ISA saya wat apa... orang wat salah je takut.. undang2 ni untuk basmi... mana yang baik kita ikut..

Tanpa Nama berkata...

Pelaksanaan jihad

Pelaksanaan jihad dapat dirumuskan sebagai berikut:

* Pada konteks diri peribadi - berusaha membersihkan fikiran dari pengaruh-pengaruh ajaran selain Allah dengan perjuangan spiritual di dalam diri, mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

* Komuniti - Berusaha agar Din pada masyarakat sekitar mahupun keluarga tetap tegak dengan dakwah dan membersihkan mereka dari kemusyrikan.

* Kedaulatan - Berusaha menjaga kedaulatan dari serangan luar, mahupun pengkhianatan dari dalam agar ketertiban dan ketenangan beribadah pada rakyat di negara tersebut tetap terjaga termasuk di dalamnya pelaksanaan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Jihad ini hanya berlaku pada negara yang menggunakan Din Islam secara menyeluruh (Kaffah).

Jihad dan perang

Istilah jihad sering disalahfahami oleh yang tidak mengenal prinsip-prinsip Din Islam sebagai 'perang suci' (holy war); istilah untuk perang adalah Qital, bukan Jihad.

Jihad dalam bentuk perang dilaksanakan jika terjadi fitnah yang membahayakan kewujudan umat (contohnya serangan dari luar). Jihad tidak boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau mengadakan perjanjian damai ataupun ketaatan.

Tanpa Nama berkata...

Jihad dan keganasan

Keganasan tidak boleh dikategorikan sebagai jihad; Jihad dalam bentuk perang harus jelas pihak mana yang terlibat dalam peperangan, seperti halnya perang yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w. yang mewakili Madinah melawan Makkah dan sekutu-sekutunya. Alasan perang tersebut terutama adalah kezaliman kaum Quraisy yang melanggar hak hidup kaum Muslimin yang berada di Makkah (termasuk merampas harta kekayaan kaum Muslimin serta pengusiran).

Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".(QS 4:75)

Perang yang mendakwa menegakkan Islam namun tidak mengikuti Sunnah Rasul tidak boleh disebut Jihad. Sunnah Rasul untuk penegakkan Islam bermula dari dakwah tanpa kekerasan, hijrah ke wilayah yang aman dan menerima dakwah Rasul, kemudian merealisasikan suatu masyarakat Islam (Ummah) yang bertujuan menegakkan Kekuasaan Allah di muka bumi.

Mereka yang diserang berhak berjihad untuk mempertahankan diri dengan apa cara sekalipun.

Naseh Ulwan berkata...

eh,pandai rupanya Tanpa Nama ni.. ingatkan juhala'..sah2 ulamak gop..

ce bace mollek nde hok penulis blog ni tulis..

"Perhimpunan aman akhirnya bertukar menjadi ganas. Siapa yang melakukan keganasan? Adakah orang yang tidak bersenjata ini yang melakukannya? Rupanya niat mereka untuk berhimpunan dan berarak secara aman menuju ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum rakyat dihalang oleh pasukan keselamatan yang siap dan lengkap bersenjata."

mung bace x benornye?jgn pkai hentam je..sape hok wat keganasan?polis kan..kalo xdok polis lamme ning,demo aman molek2 ade je!sahlah polis hok cari psl..

utk tanpa nama yg 'alim,bor2lah tu..sedor x org baddi lawan mg blake?org x berahi,xyoh r wat g..ke mg bijok lajjok sapa x reti g2 seme?org len pon bodo gop..tp reti gop mikir..aku tau mg sah2 ulamak umno,tp jgn jd kayu api!bazzir je ade ilmu tp x amal..sok masuk neraka jgn nk salah kat aku plop..aku kabo doh ke mg ning..

hmm,ok kita slow mulla..hmm,kpd sume pembaca blog ni,nantikan posting terbaru aku,antaranya ialh pengalamn bdemo 1 ogos lps yg diceritakn dlm bentuk cerpen,agr tmpk lbh menarik (dang g promot or..haha).

ok,salam syg bt Tanpa Nama (aku syg kamu krn ALLAH n RasulNya!).

Tanpa Nama berkata...

Mmg betul apa yang diperkatakan oleh Tanpa Nama tu...sokong 100%