PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

07 September 2009

Ustaz Awang terlantar di hospital

Ustaz Haji Awang Nasaruddin Abu Bakar, mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada Isnin lalu kerana masalah kesihatannya yang agak serius.

Beliau yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu telah ditimpa penyakit angin ahmar sejak 10 tahun lalu dimasukkan ke Wad 8A HSNZ.

Semalam saya meluangkan masa untuk menziarahi beliau di HSNZ. Beliau ditemani oleh isteri pertamanya, Ustazah Hajah Rokiah Haji Abas. Ketika yang sama ramai bekas murid beliau yang turut menziarah.

Ustaz Awang semasa sihatnya dahulu memang terkenal sebagai seorang ulama' yang tegas, di mana ceramah dan kuliah beliau sangat diminati ramai. Disebabkan ketegasan beliau terutama dalam perkara berkait aqidah, beliau digelar sebagai "tukul besi".


Kerana keuzurannya, beliau telah melepaskan jawatan-jawatannya dalam parti iaitu yang terakhir sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus pada tahun 2001.


Semasa pemerintahan kerajaan PAS di Terengganu (1999 - 2004), beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Mufti Negeri. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ketika PAS dalam Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional selepas itu.


Marilah kita doakan semoga Ustaz Awang disembuhkan Allah untuk meneruskan bakti kepada ummat.

8 ulasan:

Ikan bilis berkata...

Semoga Allah menyegerakan kesembuhan keatas Ustaz Awang Nasaruddin

Kedai buloh besor kali berkata...

Seolah-olah terngiang-ngiang ditelinga suara Ustaz Awang Bakar menyampaikan ceramah didalam majlis ceramah PAS diawal tahun 80an dulu.Ucapan yang berapi-api daripada Ustaz Awang berjaya memukau tumpuan para pendengar dan membakar semangat jihat dikalangan pemuda untuk terus berjuang didalam Jemaah Islam walaupun seringkali ditindas,diancam dan diugut oleh pihak berkuasa.Semangat jihad yang ditanam oleh beliau menjadikan para pemuda tetap istiqamah didalam perjuangan menegakkan Islam dan tidak mudah dibeli dengan harta dan wang ringgit.Masa itu saya dan rakan-rakan masih lagi dibangku sekolah.Disetiap majlis ceramah kami sentiasa menunggu-nunggu giliran Ustaz Awang Bakar menyampaikan ucapan.Terasa seolah-olah jantung berdegup kencang,sekencang suara yang terlontar keluar daripada mulut beliau.Memang tepat beliau digelar"tukul besi".
Semoga doa daripada murid-murid beliau dan kita semua dipercepatkan oleh Allah untuk beliau sembuh seperti sediakala

narumi hayashida berkata...

Assalamualaikum...

Ayah Ja Fatimah kan ustaz?

Poziabb berkata...

SAMA2 LA KITA BERDOA!!!

Golok bong berkata...

Ustaz Awang Bakar,selalu juga saya dengar beliau dipanggil Ustaz Awang Sayyidin oleh orang-orang kampong.Semoga beliau mencapai redha Allah.

slamber berkata...

Semoga Allah kurniakan rahmat keatas Ustaz Awang dan segera sembuh.

Kutu duit berkata...

Kita semua mengharapkan Ustaz Awang di beri oleh Allah kesihatan yang baik dan dapat menghidupkan 10 Ramadhan terakhir ini.

Ibni Gharib berkata...

Betul. Ustaz Awang ayah Ja Fatimah. Sudah keluar dari HSNZ sejak 3 hari lalu, tapi masih lemah.