PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

25 November 2009

Misi Kemanusiaan Kemboja: Terkandas di Pkln Kubur

Selasa, 24 November, 11.30 pagi: Saya bersama empat orang lagi sahabat memulakan perjalanan dengan van menuju Kemboja bagi melaksanakan program qurban dan aqiqah sempena 'Idil-Adha.

Dalam suasana musim tengkujuh ini, sepanjang jalan hujan turun walaupun tidak lebat. Di Terengganu, laluan kami tidak terhalang dengan banjir kerana kami melalui jalan pantai.

Sepatutnya kami memasuki Thailand melalui sempadan Rantau Panjang - Sungai Golok, tetapi kawasan tersebut dipenuhi air. Kami melalui pintu masuk Pengkalan Kubur. Beberapa tempat kami terpaksa menempuh air yang melimpah di atas jalan raya, sehingga kenderaan kami mati dalam air dan terpaksa ditolak.

Kami tiba di Pengkalan Kubur kira-kira jam 3.00 petang. Ketika itu kenderaan beratur panjang untuk menaiki feri dari Pengkalan Kubur ke Tak Bai. Kami difahamkan, hanya feri Thailand sahaja yang beroperasi, manakala feri Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) rosak.

Sehingga jam 7.00 malam ketika pintu masuk ditutup, kami tidak berjaya menaiki feri, hanya selang dua buah kenderaan sahaja. Bayangkanlah, setelah empat jam beratur menunggu penuh setia, kami terpaksa berpatah balik keluar dari Kompleks Imigeresen.

Malam itu kami terpaksa bermalam di Masjid Geting yang sangat selesa. Jamaah solatnya sangat ramai. Waktu Subuh sahaja hampir tiga saf para jamaah yang setiap satu saf memuatkan lebih kurang tujuh puluh orang.

Seawal jam 6.45 pagi, hari ini (Rabu, 25 November) kami memulakan lagi perjalanan kami. Kami beratur lagi, tetapi selepas 1 jam 15 minit, apabila kenderaan bergerak menaiki feri, nasib kami malang lagi. Kami terlepas sebuah kenderaan sahaja. Kami menunggu lagi. Kali ini berada paling hadapan. Bila lagi agaknya feri akan sampai.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terengganu ni ramai lagi orang yang memerlukan daging korban.. kenapa pergi ke luar nagara????

Ibni Gharib berkata...

Di negara kita ramai dah yang qurban. Di Kemboja semata-mata harapkan qurban dari luar. Hanya setahun sekali mereka boleh merasa makan daging. Di tempat kita daging qurban berlegar sesama sendiri, hingga tak muat peti sejuk. Cubalah rasai derita saudara se-Islam kita di negara miskin seperti Kemboja.

Golok bong berkata...

Kalu Tanpa Nama tak cukup daging korban mari aah ambik grumah ambe...

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

aduuhh..nakal guh..nok suke wase..hahaha
macam wat urusan kat mesir je..beratur 3-4 jam..last2 balik dgn sia2..waaaa