HARI ini hujan turun lagi yang mencetuskan "Banjir Gelombang Ketiga" di Terengganu khususnya. Kali ini beberapa tempat di Seberang Takir mula ditenggelami air. Sebahagian besar penduduk di Taman Murni Permai, Tok Jembal sudah berpindah di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.
Kampung Teluk Ketapang dan Kampung Telaga Daing tidak ketinggalan bagi dua tahun berturut-turut dilanda banjir. Walaupun sebelum musim tengkujuh lalu, longkang besar telah dibina di kawasan Rumah Murah 100 dan Rumah Murah 62, tetapi nampaknya tidak menyelesaikan masalah. Kesannya terlalu sedikit, rumah-rumah dan surau di Telaga Daing ditenggelami air.
Di Kg Teluk Ketapang, beberapa buah rumah termasuk rumah saya dimasuki air sejak malam tadi. Yang peliknya, ketika hujan mulai reda, hanya renyai-renyai sahaja, tiba-tiba air semakin naik dan memenuhi ruang dalam rumah kami. Ini kerana air dari kawasan yang lebih tinggi melimpah ke kawasan rumah kami.
Laluan air melalui longkang besar yang dibina dengan kos beratus ribu ringgit itu tidak langsung memberi kesan untuk meloloskan air keluar dari takungan kawasan rumah kami.
Kami jadi hairan, bagaimana kajian yang dibuat oleh pihak berkuasa? Adakah ia sekadar untuk memberi projek kepada kroni sahaja? Sedang masalah rakyat tidak pernah selesai.
Hari ini kami sekeluarga terpaksa berpindah, tetapi bukan ke pusat pemindahan banjir, hanya ke rumah saudara-mara yang dekat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan