PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

21 November 2009

PASTI melahirkan kesedaran ummah

KUALA NERUS - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah berjaya melahirkan kesedaran kepada ummah melalui pedidikan yang dilaksanakan sejak 25 tahun lalu.

"Kita bukan sahaja berada dalam jamaah Islam dan berjuang bagi menegakkan Islam, tetapi kita juga mahu anak-anak kita dididik dan diasuh secara Islam," ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Payung berkata demikian ketika berucap merasmikan Ihtifal Tahunan Kali Ke-20 PASTI DUN Seberang Takir di PASTI Al-'Ulum, Kg Hulu Takir dekat sini hari ini.

Beliau menambah, hasil dari kesedaran yang dibawa oleh jamaah Islam yang mahu mendidik ummah ini supaya memahami al-Quran dan as-Sunnah, maka lahirkan PASTI yang berkembang pesat hari ini meratai ke seluruh pelusuk negara.

Di awal penubuhannya pada awal tahun 1980-an, tegas beliau, suasana pakaian seragam di sekolah rendah tidak menutup aurat. Tetapi atas kesedaran dari pendidikan ini, murid-murid sudah tidak mahu lagi memakai pakaian yang mendedahkan aurat.

Tambahnya lagi, kesan tarbiyah dari PASTI dilihat hari ini. Ia akan membuka minda masyarakat. Tarbiyah pula sangat penting bagi mengenal mereka kepada agama.

"Tidak rugi sedikitpun kita menghantar anak-anak kita ke PASTI, bahkan kita akan lebih beruntung, kerana guru-gurunya jujur dan ikhlas, maka ilmu yang diajar akan mendapat keberkatan. Begitu juga mereka yang menguruskan PASTI, terdiri daripada orang-orang yang ikhlas," tegas Ustaz Moh Nor.

Anak-anak kata beliau lagi adalah tanah yang subur. Dengan susah payah kita melahir dan membesarkan mereka, jangan biarkan ia dirosakkan oleh musuh-musush Islam.

Turut berucap dalam majlis itu ialah Pengarah Ihtifal, Cikgu M. Shukrimun Shamsudin yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus.

Turut hadir Pengarah Majlis Tindakan Dun Seberang Takir, Zakaria Dagang dan Pengerusi-Pengerusi Jamaah Pengurus PASTI dalam DUN Seberang Takir.

Sambutan yang diberikan oleh para ibu bapa sangat meriah, walaupun suasana hujan yang turun agak lebat. Seekor lembu telah ditumbangkan bagi jamuan majlis itu.

Tiada ulasan: