BEBERAPA hari lalu, ketika saya berada di pejabat menjalankan tugas rutin harian, tiba-tiba saya didatangi oleh seorang lelaki 'misteri'. Beliau memang tidak asing bagi kami di pejabat ini, cuma sudah agak lama tidak bertandang ke sini. Seingat saya, kali terakhir beliau datang ke pejabat ialah sebelum Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada hujung tahun lepas.
Sebenarnya di pejabat saya ini memang tidak pernah sepi dari kunjungan 'pelawat-pelawat istimewa' yang mencari 'rezeki' terutama pada bulan Ramadhan. Mereka datang dengan pelbagai hajat; ada yang hendak menyelesaikan kos rawatan perubatan, keperluan persekolahan anak-anak, dan bahkan macam-macam keperluan dengan pelbagai alasan yang diberikan.
Biasanya saya yang menjadi 'sasaran' pelawat-pelawat ini, kerana saya 'suka' melayan karenah mereka. Setakat yang ada dan mampu, saya cuba selesaikan keperluan mereka supaya mereka tidak pulang dengan hampa dan tangan kosong. Namun begitu tidak kurang juga yang datang berpura-pura dengan bermacam helah yang direka-reka. Jenis ini biasanya saya layan sampai tiga kali sahaja, apabila sampai kali keempat mereka datang dengan alasan-alasan yang bertali-tali, saya menolak dengan baik.
Pernah yang datang meminta sumbangan untuk mengadakan jamuan majlis tahlil kematian isteri, dan tidak berapa lama selepas itu datang lagi untuk jamuan tahlil kematian ayah pula. Sebagai tidak menghampakan harapannya, kita sumbanglah sedikit, di samping kita 'ceramah' sedikit kepadanya. Biasanya orang jenis ini adalah penagih dadah.
Satu ketika dahulu pernah datang seorang pesakit jiwa memohon bantuan bagi perubatan penyakitnya, siap tunjuk kad rawatan psikiatri dari hospital. Yang menariknya, saya yang belum lagi dapat cucu (menantupun belum ada lagi) dipanggilnya 'datuk'. Saya hulurkan sedikit sumbangan kepadanya, bukan kerana panggilan datuk itu, tetapi kerana saya kasihan kepadanya dan saya percaya bahawa dia jujur, tidak menipu.
Apa yang saya mahu tonjolkan dalam posting kali ini ialah kisah yang berlaku beberapa hari lepas tentang lelaki misteri tadi. Namanya Mohd Mushtari Haji Mansor, berumur dalam lingkungan 50-an. Pada zahirnya mungkin persepsi orang beliau ini pesakit jiwa, tetapi pada saya beliau adalah insan yang istimewa.
Keistimewaannya ialah, apabila beliau bertemu dengan 'sasarannya', beliau akan meminta wang dengan menyebut jumlah yang dihajatinya. Setelah mendapat wang itu, beliau akan mengembalikan balik sejumlah dari wang itu kepada orang yang memberikannya tadi. Pemberian balik itu baginya adalah sebagai sumbangannya pula. Pada beliau mungkin beliau juga ingin pahala sedekah.
Bahkan lebih dari itu, beliau akan membelikan makanan dan minuman kepada orang yang memberikan sumbangan tadi. Selain itu beliau akan berdoa memohon agar Allah mengurniakan rezeki dan menunaikan hajat orang yang memberikan sumbangan kepadanya.
Sebelum ini sudah acap kali saya didatangi lelaki ini dan melakukan apa yang saya sebutkan di atas.
Peristiwa terakhir pada beberapa hari lalu, beliau datang terus mendapatkan saya untuk meminta wang sebanyak RM10 bagi membeli beras katanya. Tanpa banyak persoalan, saya hulurkan kepadanya wang RM10. Setelah mengucapkan "Jazakumullahu khairan kathira", beliau segera membuka dompet wangnya dan menghulurkan pula kepada saya wang RM1 dengan berkata, ini sumbangan dari saya.
Kalau sebelum ini beliau berdoa di hadapan orang yang memberi sumbangan itu, tetapi kali ini beliau agak tergopoh-gapah sedikit, tidak sempat untuk berdoa. Cuma katanya, "Saya berdoa sepanjang masa untuk ustaz."
Sebelum beredar, beliau menawarkan saya untuk membeli air (minuman), tetapi saya menolaknya kerana tidak mahu menyusahkannya. Tetapi beliau berkeras juga untuk membeli minuman kepada saya dengan meminta saya supaya tidak ke mana-mana.
Tidak berada lama selepas itu, rakan sepejabat saya datang membawa kepada saya sebungkus nasi berlauk ayam percik, sebungkus air teh ais dan sebiji pisang dalam satu plastik pembungkus. Bungkusan itu diletakkan di pintu pejabat. Mungkin beliau agak tergesa-gesa dan tidak sempat masuk ke pejabat untuk memberikannya kepada saya.
Dalam congakan saya, apa yang dibeli untuk saya itu kira-kira berharga RM7 dan dicampur dengan RM1 yang telah diberi kepada saya sebelum itu, bererti 'wang bersih' yang diperolehi daripada saya hanya RM2 sahaja.
Memang pelik orang ini! Apakah mungkin dia seorang wali? Entahlah...

3 ulasan:
tak pelik pun . tapi kata p.ramlee.. "jarang-jarang" ada orang macam ini ..
ALLAHURABBI.. semoga ALLAH mengurniakan rahmat kepadanya.. dan kita semua..
haha..macam2 ragam manusia...ape2 pon..smoga Alloh terima sedeqoh ayoh & beliau...ameen
Catat Ulasan