PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

18 November 2009

Program berkhatan di DUN Seberang Takir

Gambar hiasan
KUALA NERUS - PAS Kawasan Kuala Nerus melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan meneruskan program tahunan iaitu Berkhatan Beramai-ramai di setiap DUN pada cuti akhir persekolahan tahun ini.

Bagi DUN Seberang Takir, program akan diadakan pada hari Isnin 30 November 2009. Acara akan dimulakan dengan majlis perasmian dan solat hajat pada malam sebelumnya iaitu Ahad malam Isnin, 29 November di Masjid Kampung Batin dekat sini.

Upacara berkhatan akan diadakan di Markaz Tarbiyah Islamiyyah Seberang Takir (MARTIS) di Kampung Duyung, Jalan Lapangan Terbang bermula pada jam 8.00 pagi hari Isnin.

Menurut Setiausaha Majlis Tindakan PAS DUN (MTD) Seberang Takir, Pauzai Husain, setiap peserta dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM60 seorang.


Tambah beliau lagi, pendaftaran peserta dibuka mulai sekarang di PAS Cawangan masing-masing.


"Kepada ibu bapa yang mempunyai anak untuk dikhatankan, bolehlah berhubung dengan PAS Cawangan di tempat masing-masing," ujar Pauzai.


Nombor-nombor hubungan di setiap PAS Cawangan adalah seperti berikut:-

  1. Tok Jembal: 013-9484937 (Ismail)
  2. Taman Murni Permai: 013-9333230 (Haji Zulkifli)
  3. Kampung Duyung: 013-9521400 (Hamidi)
  4. Teluk Ketapang: 013-9800497 (Haji A Rahman)
  5. Bukit Tok Beng: 019-9803996 (Mohd Shahdy)
  6. Telaga Daing: 013-9579087 (Razali)
  7. Kampung Baru Seberang Takir: 012-9220622 (Azman)
  8. Seberang Takir: 013-9584243 (Azahar)
  9. Seberang Takir Pantai: 013-9209899 (Haji Mohd Hussen)
  10. Taman Permint Perdana: 019-9483270 (Azman)
  11. Kampung Batin: 019-9500860 (Khairul Aswani)
  12. Hulu Takir: 019-9894010 (Haji Ngah)

Tiada ulasan: