Jumaat, 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November 2009 adalah Hari Raya 'Idil-Adhha atau Hari Raya Qurban. Sebelum Subuh kami yang tidur di Masjid Darul-'Ulum, Poipet, Kemboja sudah mula bangun dan melakukan solat-solat sunat.
Di masjid itu bukan kami berlima sahaja yang tidur, tetapi terdapat juga 20 orang lagi rakyat Malaysia dari Pertubuhan Belia Islam Se-Dunia (WAMY) dan mahasiswa dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang turut menganjurkan program di tempat itu.
Dalam keadaan sehelai sepinggang itu kami berlima menyambut hari raya yang dimulakan dengan solat sunat 'Idul-Adhha di masjid itu. Seusai solat, kami dijamu dengan pelbagai kuih tradisi masyarakat Islam Kemboja.
Selepas itu, saya bersama seorang lagi rakan bergegas ke bandar sempadan Poipet dengan ditemani dua orang warga tempatan iaitu Ali dan Husin. Ali fasih berbahasa Melayu kerana pernah beberapa tahun bekerja di Malaysia, manakala Husin langsung tidak tahu bahasa Melayu. Tetapi apabila diminta menulis nombor telefonnya, beliau tulis namanya dalam tulisan Jawi (Arab).
Di Poipet kami jalani prosedur imigresen dengan keluar semula dari Kemboja dan masuk ke Thailand untuk membawa masuk van yang tersadai di pintu keluar Thailand. Kami terpaksa menunggu lama kerana tertinggal pula kunci van. Rakan yang berada di Darul 'Ulum membawa kunci itu.
Kami dimarahi oleh pegawai kastam Thailand apabila kami cuba mengalihkan van dari tempat ia tersadai itu. Memang tempat itu tidak boleh diletak kenderaan. Seorang pegawai kastam di situ merampas kunci van dan meminta dokumen van. Sekali lagi malang nasib kami kerana dokumen itu berada pada tuan punya van yang masih di Darul 'Ulum.
Masa yang terlalu panjang kami menunggu kedatangan tuan punya van untuk membawa dokumen itu. Rupanya beliau tersangkut dengan beberapa prosedur di imigresen kerana beliau keseorangan dan tidak begitu biasa dengan situsi itu.
Apabila kami tunjukkan dokumen itu kepada pegawai kastam berkenaan, beliau menyerahkan balik kunci van dan membantu kami bagi proses membawa masuk van itu.
Sesuatu yang menggembirakan kami ialah tidak ada satu barangpun yang berada di dalam van itu yang hilang sepanjang semalaman ditinggalkan di situ tanpa dikunci, bahkan tingkap separuh terbuka.
Apabila van masuk, satu tempat lagi ia tersangkut di imigresen Thailand. Masalah lagi, kastam sudah lepas, imigresen pula tahan. Lama juga kami berada di pondok imigresen di situ.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian biasa dan terus bersalam dengan kami tanpa bercakap sepatahpun. Beliau mengambil dokumen van kami dan mengisi borang-borang berkenaan dan membawa ke tempat-tempat tertentu yang kami sendiri tidak tahu kerana kami tetap menunggu di pondok imigresen itu.
Setelah itu, saya bersama seorang lagi rakan diajak menaiki keretanya, sementara pemilik van diminta memandu van mengekorinya. Di dalam keretanya itu baru saya tahu bahawa lelaki yang bernama Nuon Chansophek itu adalah seorang Pegawai Imigresen Kemboja berpangkat S/Leftenen. Beliau adalah seorang muallaf dan merupakan abang ipar kepada Husin yang menolong kami tadi.
Hampir lima jam kami berada di sempadan itu untuk menyelesaikan urusan membawa masuk van itu. Masa yang panjang itu adalah kerana kecuaian kami sendiri dalam memastikan perkara-perkara berkaitan disempurnakan.
Kami sangat berterima kasih kepada Nuon Chansophek (nama Islamnya Sha'ari) yang menguruskan semua sekali keperluan kenderaan kami. Apabila kami menghulurkan wang untuk membayar (termasuk insurans yang diuruskannya) beliau menolaknya.
Kami membawa masuk van itu ke Darul 'Ulum dalam keadaan jalan berlopak yang sangat teruk. Sekali masuk lubang besar rasa macam hendak berkecai van itu, maklumlah van uzur.
Selepas solat Asar, kami bersama Ustaz Sha'ari (seorang guru di Darul 'Ulum) dan beberapa orang warga tempatan keluar untuk membeli lembu bagi diqurbankan. Petang itu kami hanya membeli tiga ekor lembu sahaja. Lembu itu kami serahkan kepada pihak Darul 'Ulum.
Malam itu kami dijamu dengan nasi berlauk sup dan daging kambing panggang yang diqurbankan pada siang tadi. Memang enak dan kena dengan selera kami. Saya sendiri yang sebelum ini sakit urat, tiba-tiba sembuh sahaja.
Kemudian kami mengambil kesempatan mengadakan ziarah ke beberapa buah rumah di kawasan pondok itu. Antaranya rumah Ali, rakan yang banyak membantu kami. Pondoknya yang berukuran 6 kaki X 6 kaki, tangga kayu bertiang bulat, lantai rumah dari buluh dan dinding getah berkapit buluh. Di situlah bilik tidur, di situlah dapur, di situlah tempat makan dan di situlah segala-galanya. Ruang kecil tanpa berbilik itu menempatkan Ali, isteri dan enam orang anak. Bayangkanlah.
Rumah-rumah lain yang sempat kami ziarahi ialah rumah Ustaz Sha'ari dan rumah Ustaz Ibrahim, Mudir Darul 'Ulum. Keadaannya lebih kurang sama sahaja. Itulah lambang keadhaifan mereka. Tetapi ia tidak menjadi menyebabkan kepada mereka untuk mengalah dalam perjuangan mereka memartabatkan ilmu Islam dan syariat Islam di bumi mereka.
Mereka perlukan sokongan dari kita semua. Sesungguhnya bagi mereka yang mempunyai perasaan sebagai seorang beriman tidak akan sanggup melihat suasana itu. Ayuh bersama kami membantu saudara se-Islam kita bagi penerusan perjuangan mereka.
Bersambung...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan