Setelah habis ikhtiar kami untuk membawa masuk van kami ke Kemboja, kami terpaksa akur dengan peraturan yang ada. Lalu kami dibawa dengan motosikal (membonceng lima buah motosikal) dalam keadaan sehelai sepinggang ke Madrasah (Pondok) Darul-'Ulum dalam jarak 7 km dari Bandar Poipet.
Bermula dari simpang masuk selepas jalan utama di bandar Poipet itu, tidak ada langsung jalan bertar sepanjang 7 km perjalanan kami itu. Jalan tanah merah itu pula berlubang-lubang dan tidak rata serta berdebu. Kalau kebetulan dengan musim hujan lagi teruk keadaannya.
Walaupun jaraknya hanya 7 km sahaja, tetapi perjalanan kami memakan masa lebih setengah jam, kerana masalah jalan yang sangat teruk.
Kami tiba di Pondok Darul-'Ulum kira-kira jam 8.30 malam waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia). Kami dijamu di masjid lama yang sangat uzur di situ yang kini setelah ada masjid baru, dijadikan sebagai tempat makan.
Kawasan pondok yang keluasannya 9 ekar itu sebahagian besarnya diwakafkan dan menempatkan 20 keluarga. Seramai lebih 100 orang pelajar belajar di pondok yang menempatkan sebuah masjid baru (disumbangkan atas usaha Dato' Dr Haron Din) dan sebuah bangunan kelas. Asrama pelajar berupa pondok-pondok kecil yang terlalu uzur. Begitu juga rumah-rumah keluarga di situ didirikan atas struktur kayu hutan (kayu bulat) berlantaikan buluh dan berdindingkan sejenis plastik (seperti tikar getah) dikapit dengan buluh.
Guru yang mengajar di situ hanya menerima imbuhan (gaji) sebanyak 50,000 riyel (RM50) sebulan, sementara mudir menerima gaji 100,000 riyel (RM100).
Rata-rata penduduk dan pelajar di situ adalah dari seluruh Kemboja, khususnya di Kampung Pas dalam wilayah Kampung Cham. Penempatan mereka di situ adalah antara usaha dakwah untuk melebarkan Islam di bumi Kemboja, di mana Poipet sebelum ini tidak ada orang Islam.
Pondok tersebut sangat memerlukan bantuan khususnya dari umat Islam terutamanya dari Malaysia sendiri. Antara keperluan asas utama mereka ialah bangunan asrama bagi menempatkan pelajar-pelajar mereka. Mereka juga memerlukan kitab-kitab seperti tafsir sebagai teks pengajian mereka.
Kita sepatutnya bersama dengan semangat yang tinggi yang dimiliki oleh mereka dalam perjuangan mereka sebagai minoriti. Bantuan sewajarnya dihulurkan kepada mereka sebagai kelangsungan usaha murni mereka itu.
Malam itu kami tidur di masjid yang boleh dikatakan agak indah dan selesa dengan kemudahan-kemudahan asasnya. Oleh kerana keadaan kami berlima ini sehelai sepinggang, kami diberikan kain sarung dan selimut oleh penduduk tempatan. Khabarnya, bagi memenuhi keperluan kami itu, mereka terpaksa mendapatkan kain sarung dan selimut itu dari beberapa buah rumah di situ.
Malam itu kami tidur dengan nyenyak sekali, walaupun ada di antara kami yang tidak memakan ubat sebagai rutin kerana semuanya berada di dalam van yang tersangkut di pintu masuk sempadan.
Bersambung...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan