Hari ini 10 Muharram, yang disebut sebagai "Hari 'Asyura" yang bererti hari kesepuluh.
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s. Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya:
Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
Selain itu, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasu'a. Sabda Nabi s.a.w.:
Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).
Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.
Dalam masyarakat kita hari ini, yang banyak diamalkan sejak dahulu ialah membuat bubur asyura sempena bulan Muharam atau khususnya menyambut 10 Muharam. Jarang pula mereka yang melakukan puasa sunat pada hari tersebut.
Rasanya amatlah wajar jika program masyarakat memasak bubur asyura disekalikan dengan program puasa sunat. Mungkin elok jika dapat sama-sama berbuka dengan bubur Asyura.
Kalau kita terlepas pada tahun ini, insya' Allah, panjang umur tahun hadapan dapat kita sempurnakan.

1 ulasan:
Salam.
Kenapa Ustaz tak catatkan satu lagi peristiwa yang amat penting merupakan musibah kepada keluarga Nabi Muhammad iaitu peristiwa pembantaian Sayyidina Hussein, keluarga dan para sahabatnya di bumi Karbala? Terlalu ramai umat Islam yang melupakan peristiwa ini di dalam hidup mereka.
Catat Ulasan