PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

16 Mac 2010

Berarak ke Besut

Semalam keluarga besar kami berarak ke Besut bagi majlis perkahwinan anak sulung kami, Ahmad Suhail dengan pasangannya Fatmadiyana Abdullah Thani.

Rombongan kami dari Seberang Takir dianggarkan lebih kurang 100 orang dengan lebih dari 20 buah kenderaan mengiringi pengantin.

Majlis aqad nikah berlangsung di Masjid Ar-Raudhah, Kem Tentera Udara, Bukit Puteri. Ia disempurnakan oleh Ustaz Mohd Zin Hassan, Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Besut. Manakala kenduri diadakan di Kampung Padang Luas.

Antara para pemimpin PAS yang turut memeriahkan majlis kenduri itu ialah Ahmad Sabki Yusof (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu) dan Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (Yang Dipertua PAS Kawasan Besut).

Selamat Pengantin Baru Suhail dan Nana!

4 ulasan:

abu muaz berkata...

Salam dan tahniah tuan.

Shahr Albatnani berkata...

Tahniah Putera Seberang Takir, Lahirkan seramai mungkin Pahlawan di DUN Seberang Takir..

Wan Kamarul berkata...

salam ust..tahniah tuk putera lelaki ust..ust 'Alim tu bila lagi??hehe

Ibni Gharib berkata...

Terima kasih. Tentang 'Alim tu, kena tanya dia sendirilah...