PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

12 Mac 2010

Ceramah malam ini

Jam 9.30 malam ini (Jumaat malam Sabtu), satu ceramah umum bagi mengupas isu-isu terkini akan diadakan di Kg Bukit Tok Beng (Dekat Kedai Air Buah Gelas Besar), Seberang Takir.

Tokoh yang akan menyampaikan ceramah itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkefli Mohd Omar. Beliau yang juga bekas calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang beberapa bulan lalu akan digandingkan bersama Exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Turut akan menyampaikan ucapan dalam ceramah itu ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus yang juga Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Seberang Takir, Zakaria Dagang.

Orang ramai diharap tidak melepaskan peluang ini untuk mendapat penjelasan langsung berhubung isu-isu semasa terutama isu-isu hangat dalam negara sekarang ini.

Datanglah beramai-ramai.

Tiada ulasan: