PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

13 Mac 2010

Umrah selepas dua bulan Haji?

Apa yang pelik dengan soalan tajuk di atas? Dari segi hukumnya tidak salah. Sesiapapun boleh mengerjakannya jika berkemampuan. Tetapi barangkali agak janggal sedikit. Atau dalam kata lain, "tidak pernah dibuat orang."

Tetapi itulah hakikatnya apa yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Dato' Haji Ahmad Said. Beliau baru sahaja selesai menunaikan fardhu haji pada musim baru-baru ini. Tiba-tiba keluar berita beserta gambarnya beliau balik dari mengerjakan umrah pada minggu lepas.

Kata orang, rambut yang dicukur pada musim haji lalu belum tumbuh panjang lagi, dah kena cukur pulak. Itulah apa yang dapat dilihat dari gambar yang dirakam ketika beliau pulang dari tanah suci itu.

Maka timbul persoalan, kenapa sampai begitu sekali Menteri Besar kita ini. Mungkin orang kata beliau ini warak melampau? Apatah lagi dalam keadaan beliau yang sangat sibuk dengan tugas sebagai ketua pentadbir negeri. Ditambah pula krisis yang berpanjangan yang tidak kunjung selesai yang beliau terpaksa hadapi.

Atau adakah beliau ke Mekah untuk bermunajat bagi menyelesaikan masalah yang beliau hadapi itu? Kalau bukan itu, apakah cerita di sebalik umrah itu?

Apa yang kita dengar cerita dari jauh-jauh ialah beliau ke Mekah kerana "menyusul", bukan "mengiringi" DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu bagi memohon perkenan sembah mengadap dalam masalah berkaitan jawatannya.

Sebelum itu beliau telah ke Jerman atas tujuan yang sama, di mana Tuanku sedang menjalani rawatan di negara itu. Khabarnya apabila beliau gagal mengadap di Jerman, beliau terpaksa pula berkejar ke Mekah.

Jadi supaya tidak nampak sangat tujuan sebenar beliau itu, beliau menempelnya sebagai menunaikan umrah. Tetapi ia nampak semakin janggal.

Cerita berkaitan ini semakin panas. Ada perkara yang belum dapat disebut lagi di sini. Tunggulah perkembangannya...

Tiada ulasan: