Walaupun acara rasmi sebagaimana dalam kain pemidang program ialah 30 April dan 1 Mei 2010, tetapi ia telah bermula lebih awal iaitu 29 April lagi. Itulah program Terengganu Sprint Test 2010 yang diadakan di trek berhampiran stadium runtuh, Kuala Terengganu.
Pada kain pemidangnya juga disebut acara bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12 malam. Acara-acaranya pula ialah Vespa (tidak rasmi), Motosikal, Kereta dan Autoshow. Ia dianjurkan oleh Terengganu Automobile Association dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Oleh kerana jarak lokasi program hanya kira-kira 2 km dari rumah saya, maka sangat jelas kedengaran hingar-bingar deruman injin motosikal yang sedang berlumba dalam sprint test itu.
Walaupun acaranya sehingga jam 12 malam sahaja, tetapi sepanjang malam sampai ke selepas Subuh deruman injin motosikal terus kedengaran, termasuk suara pengacara program.
Contohnya, malam tadi ketika saya masuk tidur kira-kira jam 1.00 pagi, masih terdengar dengan jelas suara pengacara dan bingitan deruman injin motosikal. Dan ketika saya bangun pada jam 5.00 pagi suara itu masih terus kedengaran. Bahkan sewaktu solat Subuh sedang berlangsung di surau-surau sekitar kawasan lokasi, deruman itu terus mengganggu, hinggalah selepas 'cerah tanah'.
Begitu juga semasa waktu Maghrib yang sangat sensitif bagi orang Islam yang beriman, hingat-bingar itu makin aktif. Persoalannya, bila masa mereka berehat dan bersolat?
Laluan di sebelah stadium itu penuh sesak dengan manusia. Jalan hanya tinggal selorong kerana dipenuhi dengan kenderaan yang parkir di situ. Mereka berseronok sehingga lupa kepada kewajipan mereka terhadap Allah SWT.
Inilah antara gambaran gejala sosial yang sedang berleluasa di dalam masyarakat dan negara kita sekarang. Apatah lagi ia diberi lesen dan kebenaran serta dihalalkan oleh pemerintah.
Mungkin tujuan asalnya adalah baik, iaitu untuk mengelakkan daripada gejala rempit dan lumba haram. Tetapi penyelesaiannya menjadi haram juga.

4 ulasan:
SAYA NAK PESAN KAT ustazSUPAYA BAGITAU KAT PETUGAS YANG KONONNYA PEJUANG ISLAM .. JANGAN TAMPAL POSTER CERAMAH MERATA RATA.. MINTAK DENGAN TUANPUNYA BANGUNAN DULU.. BARU LAH ISLAM NAMANYA.. KE TOK GURU TAK AJAR???
Terima kasih atas pesanan sdra. Cuma saya nak tahu jugak tempat mana yg dikata merata2 tu. Tolong bagi contoh. Insya' Allah, saya boleh peringat ke petugas2 kita. Jangan salah ke tok guru. Tok guru ajar dah, cuma anak murid ni macam2 jenis. Termasuklah barangkali jenis sdra ni.
saya bukan orang pas la... orang pas je dok reti gitu... banyak sangat la... pesan je... lau dok.. memang sah tok guru yang ajar.. serban je besar...
Saya tak kata sdra orang PAS, dan memang saya yakin sdra bukan orang PAS. Soalan saya sdra tak jawab lagi. Susah jugak saya nak ajar anak buah saya kalau saya fakta jelas tidak diberi.
Catat Ulasan