PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

19 Julai 2010

Berapa harga bot ini?

Kerajaan Negeri Terengganu telah membina dua buah bot penambang (pada konsep asalnya) untuk dijadikan bot pelancong menyelusuri Sungai Terengganu di sini. Tujuan asal sebagaimana yang disebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman ialah untuk membantu Persatuan Bot Penambang Seberang Takir bagi menambah pendapatan mereka.

Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir dalam satu majlis perjumpaan dengan pengusaha bot penambang Seberang Takir (ahli-ahli persatuan) memberitahu bahawa bot yang dibina itu menelan kos sebanyak RM270,000 sebuah.

Kos yang mahal itu kata beliau adalah disebabkan ia diperbuat daripada kayu cengal yang pada perkiraannya boleh tahan sampai 100 tahun.

Orang Seberang Takir tersenyum bila Razif menyebut begitu. Sebenarnya mereka sangat arif mengenai pembuatan bot yang memang sangat terkenal di kawasan ini. Setahu mereka selama ini semua bot nelayan dan bot penambang adalah diperbuat dari kayu cengal, tidak pernah orang membuatnya selain dari kayu itu.

Razif cuba untuk mengelirukan orang kampung Seberang Takir, padahal ucapan beliau itu menampakkan kejahilan beliau. Oleh kerana hendak munasabah dengan harga yang begitu mahal bagi bot itu, beliau sampai berkata begitu. Apakah mungkin beliau 'ditipu' oleh tukang bot itu? Rasanya tidak munasabah, kerana orang secerdik beliau tak kan sampai ditipu oleh orang.

Di Seberang Takir ini ada beberapa lagi tempat pembinaan bot selain banyak terdapat di Pulau Duyung yang sudah terkenal di seluruh dunia itu. Bila ditinjau dengan pengusaha-pengusaha lain, mereka menyebut bahawa kos sebenarnya bagi sebuah bot itu tidak sampai RM100,000. Harga kulitnya sekitar RM60,000 dan injinnya pula kira-kira RM30,000.

Razif pernah mencabar dalam satu ceramahnya di Seberang Takir untuk menempah sepuluh buah bot jika harganya semurah itu. Sebenarnya tidak payah cabar, terus sahaja pergi menempah dari tempat berkenaan.

Apa yang jelas, mungkin terdapat unsur-unsur penyelewengan dan rasuah dalam kes ini. Sebelum ini sudah banyak terbukti melalui laporan-laporan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara berkait dengan pembelian dengan harga melampaui munasabah.

Jangan sampai nantinya, tujuan asal untuk membantu 'tok nambang' Seberang Takir jadi sebaliknya. Kroni-kroni juga yang kenyang. Tok Nambang terus berputih mata...

1 ulasan:

Academia UMT berkata...

Salam Ustaz,

Maaf, kerana saya copy/paste dari blog hishamuddin rais, Sekadar turning-point latihan minda supaya kita tidak menjurus dalam wilayah sosial yang terbatas - dari kalangan 'anok-beranok' atau sahabat handai yang terdekat saja. Setiap isu yang terpamer dalam ruang COMMENT cubalah digalakkan budaya wacana yang terbuka/ilmiah. Jangan biarkan COMMENT itu berlalu dengan sepi , tanpa reaksi.


SURAT DARI IKANG

SURAT DARI GANU

nota:
idea kerajaan perpaduan ini
bermula di negeri ikang
maka mari kita dengar apa kata


tulung gune base baku:

" KERA-JAANG PERPADU-WANG,
KERA-JAANG PERPADU-WANG,
KERA-JAANG PERPADU-WANG,.."

menurot geng teganu kite dari kawang2 nelayang; kera-jaang perpadu-wang tu same la dengan sekor ikang yang segor tapi doh jadi ikang burok lagi kohong, happok, busuk bbangor kerane ppeng llalat..

guane gamok teganu kite,.. dok kang gittu sokmo

hisamudeng tukor tiob,

puok2 tok lebai serbang besor bakol dok pahang2 yang tok guru dok kabor lame doh,dok leh bersatu, dok leh bergabong, dok leh kerajaan perpadu-wang.
base jenih pemimping Pah dok lekat unjat. doh tutop buku bab perpadu-wang, guane pulok timbol pok pek, pok pek macang bewok nok beranok.
hok mane pemimping nok perpadu-wang ambek tindokang atau pong biar rakyat pelekong dengan tahik kering hok mane dok dengor kate tok guru..
doh guane gamok pemimping pah teganu kite...


KAH KAH KAH...

woit... INI ORI ..BUKAN POTOKOPI... kah kah kah


DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 10:08:00 AM
LABEL: ALTANTUYA GADIS CUN MONGOLIA BIK MAMA
5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
hahaha... kelah ayat dalang surat dia. doh tt pahang dok dia kata mende tu?
aku sokong kalu plekong pemimping hok babir sangat tu.
2010 Julai 24 11:22

Tanpa Nama berkata...
woh..kelargh gittu sore ore tegganu...

hobin jang hobin...amender ni??aku pong tak pahang
2010 Julai 24 12:08

Tanpa Nama berkata...
babir sungguh set-set perpadu-wang nih!
wuahahahah!
2010 Julai 24 12:54

Tanpa Nama berkata...
perpadu-wang natang bewok mende huahaha.. hapah nyor rebuh puok2 ning
2010 Julai 24 15:24

Tanpa Nama berkata...
kera jaaaan ikang bangang
tu pasal banyak robohhhhh
2010 Julai 24 22:56
Catat Ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

http://tukartiub.blogspot.com