PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

20 Julai 2010

Wira Gaza di Seberang Takir

PAS Kawasan Kuala Nerus dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir akan menganjurkan satu majlis ceramah umum pada Rabu (malam Khamis) 21 Julai 2010 jam 9.30 malam di Markaz Tarbiyah PAS, Kg Duyung, Jalan Lapangan Terbang, Seberang Takir.

Ceramah tersebut akan menampilkan Wira Gaza dan bekas tawanan Israel, Haji Jamuliddin Elias yang juga Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia.

Turut akan menyampaikan ucapan dalam ceramah tersebut ialah Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura. Ucapan aluan akan disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus merangkap Pengarah MTD Seberang Takir, Zakaria Dagang.

Semua dijemput hadir bagi mendengar cerita pengalaman dalam Misi Kemanusiaan Gaza dan menonton tayangan video peristiwa itu.

Tiada ulasan: