PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

25 Julai 2010

Kempen 2K

SEBERANG TAKIR: Kempen Kesedaran Kesihatan (Kempen 2K) yang diadakan di Hadapan Pasat Teluk Ketapang dekat sini Jumaat lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk setempat.

Program anjuran Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Terengganu dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir dan Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (BALKIS) itu berjaya menarik hampir 200 pengunjung.

Program diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pengarah MTD Seberang Takir yang juga Pengerusi BALKIS, Ustaz Zakaria Dagang. Kemudian diikuti dengan ceramah 2K oleh Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr Md Arif Ibrahim.

Selepas itu dijalankan pemeriksaan kesihatan seperti saringan tekanan darah, saringan gula dalam darah dan kaunseling kesihatan oleh tujuh orang pegawai perubatan dari PAPISMA.

Turut memeriahkan acara ialah cabutan bertuah kepada pengunjung. Sebanyak 20 hadiah disediakan oleh pihak penganjur.

Zakaria sedang menyampaikan tazkirah

Dr Md Arif sedang menyampaikan ceramah

Sebahagian para pengunjung sedang mengikuti ceramah

Dr Zaihan sedang membuat pemeriksaan kesihatan

Hajah Shamsiah menyampaikan hadiah cabutan bertuah

Tiada ulasan: