PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

21 September 2010

Bimbang pergaulan di Sekolah Harapan

KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang bimbang dengan pergaulan di Sekolah Harapan melibatkan remaja yang hamil luar nikah dan mereka yang hamil kerana berkahwin muda.

Menurutnya, kesan daripada tidak mengasingkan dua kategori pelajar terbabit dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial lain terutama mengheret sama pelajar yang hamil kerana berkahwin muda dengan gejala negatif.

Beliau percaya kedua-duanya memiliki kehidupan sosial yang berbeza dan perlu ada pengasingan bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Sekiranya mereka benar-benar mahu menyelesaikan masalah yang berlaku, perlu ada pengasingan supaya ia tidak mempengaruhi berlakunya perkara tidak diingin kerana kita berpendapat mereka yang hamil luar nikah mungkin lebih ramai berada di sekolah tersebut berbanding yang hamil kerana kahwin muda,” katanya, semalam.

Dalam masa sama, Zakaria menegaskan isu sedemikian hanya boleh diselesaikan melalui penyelesaian asas berdasarkan pelaksanaan undang-undang Islam.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan: