PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

25 Oktober 2010

Jubli Emasku 'disambut meriah'

Tanggal 23 Oktober lalu sangat bermakna buat saya. Pada tarikh itu genap umur saya 50 tahun setelah saya dilahirkan pada tahun 1960 yang lalu. Sambutan ulangtahun ke-50 disebut sebagai Jubli Emas.

Dalam pejam celik silih berganti malam dan siang, rupanya umur saya sudah mencapai separuh abad. Angka itu mungkin sudah masuk golongan orang tua. Bagaimanapun perasaan (mungkin perasan?) saya rasanya belum tua; tetapi rasa muda sentiasa. Mungkin kata orang 'jiwa muda'.

Kita kena akur dengan pertambahan angka pada usia kita. Setiap kali bertambah saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, maka usia kita semakin berkurang. Soal 'jiwa muda' itu adalah semangat kita untuk bekerja; apatah lagi sebagai pejuang, kita tidak akan pernah berasa letih, bahkan ia semakin berkobar-kobar.

Dalam perjuangan, tidak ada istilah pencen atau masa untuk berehat dari memikul amanah kerja. Setiap pejuang mahu mati dalam berjuang. Itulah cita-cita unggul para pejuang.

Cabaran, ujian dan kesulitan yang dihadapi dalam perjalanan perjuangan ini adalah rutin yang pasti ditempuh tanpa ada pengecualian. Ia sebagai proses pematangan bagi para pejuang. Lebih penting lagi ia sebagai penapisan bagi setiap pejuang untuk menentukan tahap ketulenannya.

Berapa ramai orang yang telah tersungkur di pertengahan jalan sebelum sampai ke penghujungnya. Maka beruntunglah orang-orang yang telah berjaya melepasi segala halangan dan rintangan serta proses panjang sebuah perjuangan apabila mereka dipanggil Allah dalam keadaan mereka berada di medan juang.

Kebetulan tarikh 23 Oktober tahun ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu untuk mengadakan program induk tahunan di peringkat negeri iaitu Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-14.

Program yang diadakan di Kg Tanjung, Batu Rakit itu telah berjaya mengumpulkan sejumlah 8,000 orang peserta (mengikut catatan Buletinonline) dari seluruh negeri Terengganu.

Kebetulan pula saya diamanahkan sebagai Setiausaha kepada Panitia Induk ijtima' tersebut. Maka ia menjadi sangat signifikan buat saya. Saya rasa sangat berbahagia pada hari itu. Seolah-olah yang hadir 8,000 orang itu menyambut ulangtahun kelahiran saya yang ke-50 atau dalam erti kata lain sambutan Jubli Emas untuk saya.

Sambutan kali ini pula begitu hebat, di mana sebanyak 15 ekor lembu disembelih untuk jamuan para peserta ijtima'.

Ahli keluarga dan rakan-rakan yang menyertai ijtima' yang tahu hari lahir saya, masing-masing datang mengucapkan selamat dan tahniah.

Di laman sosial Facebook pula, bertalu-talu saya menerima ucapan selamat dan tahniah dari kenalan seluruh negara yang sebahagiannya tidak saya kenali. Terima kasih atas doa kalian buat saya. Moga dimakbulkan Allah. Ameen.

Paling teruja apabila saya menerima ucapan dari anak-anak melalui SMS dan FB:-

1) Ahmad Suhail: Selamat hari jadi ayhku.. smoga d pnjangkn umr spaya dpt brjuang lbih lame lg n d murahkn rzeki.. time kasih ayhku..

2) Fatmadiyana: Slm ayoh, slmt hari lahir ke 50.. doa nana mge ayh sntse sehat n cerie slalu. mge Allah sntse brkati khdpn ayh wlu kt mane brade..

3) Abdul 'Alim: Sanah helwah ya abuyal mahbub! slmt ulangtahun kelahiran ke-50. smga Allah pnjgkn umur ayh utk trus thabat & istiqamah dlm jmaah. alim bangge jd ank ayh! jazaakallah.

4) Abdullah Haris: sanah helwah ke-50, abuyaku sayang!! selamat menyambut Jubli Emas. Syukur dikurniakan ayah seperti ayahda. ayah adalah NIKMAT utk anakda. terima kasih atas segalanya dlm kehidupan anakda. ku doakan agar terus berbahagia bersama sayap kiri & zuriat perjuangan. semoga hidupmu dinikmati dan matimu ditangisi. jazakumullahu khairan kathira!!

5) Siti Mawaddah: Selamat Hari Lahir ke 50.. moga pnjg umur murah rezki. moga hdp drahmti dbrkati dan dlindungi Allah. time kadih krn mnjdi ayah yg penyayg.

6) Muhammad Nasih Ulwan: sanah helwah ya abuya! moga kualiti amal seiring kuantiti umur! ingat, semakin bertambah umur bermakna semakin dekat kita untuk bertemu denganNya! terima kerana menjadi insan paling istimewa dalam hidupku! juga atas tarbiyah ayoh kepada asih selama ke ni! moga kita dipertemukan dalam jannah yang dijanjikan buat orang beriman! ameen =)

7) Ahmad Farid Luqman: Salam. Sanah helwah ya walid. Trime kasih d atas sgale pngorbanan dan penat lelah ayoh dlm mndidik anakmu ini. Moga2 ayoh muroh rezeki dan dberikan pnjg umjur lagi utk mlihat kjayaan2 ank2 ini. Insya Allah kite akn lakukn yg TERBAEK alm SPM nanti. Ayoh doa2kanlah.

8) Wajihah:

9) Sofiyyah Sobihah: salam...sannah helwah ya walid....time kasih krn tlh mnddk ank mu... syukron ........

Moga angka 50 ini benar-benar bererti buat saya bagi meningkatkan lagi kualiti hidup sebagai hamba Allah dan semangat serta daya juang bagi mendaulatkan Islam di muka bumi ini sesuai dengan tema ijtima' kali ini iaitu "Demi Kedaulatan Islam, Perkasakan Jihad".

1 ulasan:

Naseh Ulwan berkata...

selamat..selamat.. (ayat keramat tok!)
mboh ayoh,x komen pon kat blog kite..leloh asih tulis psl ayoh..haha