KUALA TERENGGANU – Himpunan Remaja Terengganu 2010 yang dikatakan berjaya menghimpun kira-kira 30,000 orang remaja bagi menyertai Kelab Motosikal Terengganu pada 17 dan 18 Disember lalu dilihat gagal membasmi gejala merempit.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang berkata, program itu sebaliknya dilihat sebagai faktor pendorong kepada golongan remaja untuk melibatkan diri dalam aktiviti rempit.
“Perhimpunan yang dikatakan ingin mengimpunkan sekitar 30,000 orang remaja itu seolah-olah memberikan lesen kepada golongan remaja untuk menjadi mat rempit.
“Apa yang mendukacitakan ialah aktiviti merempit dilihat seolah-olah dijadikan sebagai aktiviti mingguan pada malam minggu oleh golongan remaja,” katanya.
Menurutnya, cara pendekatan dan penyelesaian bagi mengatasi masalah rempit yang digunakan oleh pihak kerajaan tidak mengikut cara yang betul.
“Remaja seharusnya diberi pendekatan dan didikan moral menggunakan cara dan kaedah tertentu dan dilaksanakan dalam suasana yang baik.
“Banyak cara lain bagi mendidik golongan remaja, misalnya melalui pendekatan agama bukannya melalui program yang secara tidak langsung akan merosakkan mereka,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan