PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

18 Januari 2011

Berakhirnya penantian 13 tahun

Zakaria bersama sebahagian AJK Cawangan

SEBERANG TAKIR: Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai bagi setiap manusia. Pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga mendambakan anak sebagai cahaya mata dalam kehidupan mereka yang pastinya akan mengikat kukuh hubungan antara mereka.

Tidak semua pasangan suami isteri dianugerahkan Allah dengan anak-anak yang menjadi penyeri hidup. Dalam suasana terdapat manusia kejam tidak berhati perut membuang bayi yang mereka lahirkan, tidak kurang pula terdapat manusia yang menanti sekian lama untuk mendapatkan seorang bayi dari zuriat mereka sendiri.

Mereka sanggup berikhtiar dengan menghabiskan wang yang tidak sedikit bagi memungkinkan mereka dikurniakan anak. Mereka berdoa siang dan malam agar Allah merezekikan mereka seorang anak.

Apa yang dingin dipaparkan di sini, kisah sepasang suami isteri yang menanti penuh sabar sepanjang 13 tahun usia perkahwinan mereka untuk mendapatkan seorang anak. Abd Rashid Jusoh dan Rosmawati Mat dari Taman Permint Perdana, Kg Batin, dekat sini akhirnya pada tanggal 8 Zulhijjah 1431 bersamaan 15 November 2010 yang lalu telah dikurniakan seorang anak lelaki yang cukup istimewa.

Bayi seberat 3 kg semasa dilahirkan itu ternyata mempunyai tanda istimewa pada telinga kirinya. Pada telinganya itu terukir kalimah ALLAH.

Kalimah Allah pada telinga kiri bayi


Rosmawati sebelum ini sudah tujuh kali mengalami keguguran iaitu sejak tahun pertama perkahwinannya. Kandungannya hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Beliau dan suami tetap bersabar dan tidak berhenti berdoa, sehinggalah akhirnya harapan dan doa mereka itu dikabulkan Allah.

Malam ini, Ketua PAS Cawangan Teluk Ketapang, Zakaria Dagang bersama rombongan ahli jawatankuasa PAS Cawangan berkunjung menziarahi Rashid sekeluarga yang merupakan ahli PAS Cawangan ini.

Ketua Muslimat PAS Cawangan bersama bayi


Mereka mendoakan agar bayi yang diberi nama Muhammad Yazid Adha itu akan membawa tuah kepada keluarga Rashid dan membesar sebagai anak solih.

Tiada ulasan: