PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

19 Januari 2011

Hebat sungguh Terengganu!

Tajuk besar sebuah akhbar harian hari ini melaporkan dari Marang tentang tiga remaja bawah umur membabitkan dua beradik dan seorang pelajar Tingkatan Dua ditahan bagi membantu siasatan empat kes pecah rumah, manakala dua lagi pelajar Tingkatan Lima ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal.

Dalam kes pecah rumah, kehebatan remaja berusia 14 tahun dipercayai mengetuai kumpulannya melakukan pencerobohan 'ala ninja' dengan memecah masuk rumah melalui atap dan tingkap rumah akhirnya tewas, selepas mereka ditahan polis.

Remaja terbabit dipercayai menceroboh rumah mangsa ketika mangsa tiada di rumah, sambil dibantu adik perempuannya yang baru berusia 13 tahun bersama seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Suspek dipercayai terbabit dalam empat kes pecah rumah yang berlaku di Taman Aquarius sejak pertengahan November tahun lalu hingga Januari. Polis berjaya menemui semula beberapa barang elektronik, antaranya satu unit televisyen, kamera dan perakam video dipercayai hasil kegiatan pecah rumah bernilai kira-kira RM20,000.

Itulah hebatnya orang Terengganu sekarang. Umur baharu 13 atau 14 tahun dan ada pula perempuan sudah terlibat dengan jenayah seperti dilaporkan itu.

Sebenarnya kejadian curi dan pecah rumah ini menjadi suatu fenomena biasa di mana-mana khususnya di negeri ini sekarang sehingga menjadi trauma bagi sebahagian penduduk yang pernah mengalamainya, terutama yang melibatkan keganasan dengan senjata.

Rakyat sudah tidak selamat dan tidak berasa aman lagi tinggal di rumah atau keluar rumah. Ketika berada dalam rumah, mereka diugut dengan senjata atau diikat kaki dan tangan, lalu barang dan wang mereka dirompak. Kalau rumah ditinggalkan kosong pula, lagi mudah pencuri datang mengangkut barang-barang yang ada di dalam rumah.

Lebih hebat lagi 'profesyen' mencuri ini sudah jadi profesyen keluarga. Adakalanya terlibat semua keluarga; ayah, emak dan anak-anak. Anak-anak perempuan juga turut serta dalam kegiatan jenayah ini.

Apa sudah jadi dengan negeri dan negaraku ini. Memang sudah sewajarnya diganti pemerintahnya - PAS Ganti Umno.

Tiada ulasan: