PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

16 Januari 2011

Himpunan Kebangkitan Rakyat capai sasaran

KEMAMAN: Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno yang dilangsung semalam di Dataran Tok Guru, Kg Geliga dekat sini telah berjaya mencapai sasaran penyertaan.

Pada majlis pelancaran sebelah siangnya, tidak kurang 15,000 orang peserta memenuhi ruang di dataran itu bagi mendengar ucapan perasmian oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan pidato-pidato khas daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS), Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) dan Dato' Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS).

Sementara acara kemuncak pada sebelah malamnya pula berjaya menghimpunkan hampir 40,000 orang sehingga melimpah ke luar jalan dan ke tepi pantai.

Enam orang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menyampaikan pidato masing-masing, terdiri daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor), Dato' Ngeh Koo Ham (Timbalan Setiausaha Agung DAP), Haji Azan Ismail (Pengerusi PKR Negeri Terengganu) dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu).

Hampir RM50,000 derma berjaya dikutip pada kedua-dua sesi majlis itu. Keadaan yang sesak menyukarkan kutipan derma dibuat.

Program yang dimulakan di Kemaman ini akan diteruskan jelajahnya ke seluruh negeri Terengganu dan akan berakhir di Besut menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dilihat kepada sambutan yang sangat memberangsangkan itu, kita yakin insya' Allah, PAS akan berjaya menggantikan Umno selepas pilihan raya umum nanti.

Tiada ulasan: